Balik Raya Cina haritu kami balik Sg Besar. Balik sekejap je pun. Tapi, sempat jugakla pergi memborong udang galah. So, saya bawak sekilo lebih udang galah ke Kajang.
Dari pagi Isnin lepas, saya teringin nak makan sesuatu yg pedas atau berempah. So, bangun tidur terus mintak suami belikan nasik lemak. Hahaha. Memandangkan kami memang nak keluar pagi tu, suami cadangkan terus sarapan di luar.
Tapi… biasa la, rancang nak keluar pepagi, sudahnya keluar jam 10.30 pagi. So, plan saya nak makan nasik lemak tak jadi.
Sebab tak jadi makan nasik lemak, terus kepala otak saya teringatkan udang galah yang ada dalam peti sejuk. Terus je plan nak masak Kari Udang Galah untuk makan malam. Slurrp….
Bahan-bahannya:
300g udang galah
2 biji kentang (di potong 4 atau 6 - mengikut saiz kentang)*
3 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris halus)
Kayu manis
Bunga lawang
2 sudu besar serbuk kari (saya guna serbuk kari ikan/daging)
1 sudu kecil serbuk cili / cili kisar (kalau nak pedas lagi, boleh la lebihkan)
1 mangkuk kecil air asam jawa
1/2 cawan santan pekat
1-2 cawan air (kalau suka cair, boleh la tambahkan air lagi)
Garam & gula secukup rasa
Cara-cara membuatnya;
1) Panaskan minyak dan tumis kan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2) Kemudian masukkan serbuk kari, cili kisar dan tambahkan sedikit air.
3) Masukkan kentang dan biarkan hingga kentang hampir empuk.
4) Jangan lupa untuk tengok selalu kari anda, risau2 kering hangit pulak :p kalau agak-agak kering, tambahkan lagi sedikit air.
5) Bila kentang sudah sedikit empuk, masukkan santan dan air. Dan juga udang anda.
6) Sentiasa kacau kuah kari anda tu supaya tidak pecah minyak.
7) Bila dah menggelegak, boleh la matikan api. Sedia untuk dihidang!
* Nota:Kalau boleh dapatkan keledek lebih sedap, sebab manis keledek lebih rasi dengan udang galah
** Nota: Saya tak masukkan daun kari sbb hujan lebat masa tengah masak tu. Jadi, tak boleh keluar rumah untuk ambil daun kari.
*** Nota: Gambar? Takde. Hahahahah. Dah kat dapur. Malas nak pergi ambil kamera.