Archive for July, 2007


Welcome to the World of Blogging!!

Mula mengetahui perkataan blog ni cuma pada akhir tahun 2002 (bukan seorang yang celik IT pada masa tu ;) ). Mula mengetahui kewujudan dunia blog ni melalui Shera, itupun kerana dia. Rajin juga baca blog-blog org lain, i.e: www.shahirah.blogspot.com, www.pakdi.net, dan banyak lagi. Cuma akhir-akhir ini, 2 insan terdekat dgn saya, memaksa saya untuk memiliki blog sendiri! My 2 friends are.. Shera and him

Dahulu, saya memang suka menulis. Terutamanya, tulisan yang berbentuk fakta (mungkin kerana saya pembahas sekolah ketika itu, jadi saya suka membuat kajian dan penyelidikan tentang sesuatu isu)

Tapi sekarang, minat tu seakan tiada lagi. Mungkin kerana:

1) Saya bukan pembahas lagi

2) Saya ketandusan idea untuk menyusun ayat bahasa melayu yang lebih mudah dibaca dan difahami (kenapa dulu semuanya boleh… argh..!!)

3) Saya tidak mempunyai konsep yang sesuai dijadikan isi / intipati kepada semua penulisan saya

4) Saya bukan seperti Shera yang mampu menterjemahkan perasaannya dalam bentuk tulisan dan berkongsi dengan org lain. Saya seorang perahsia terutama perkara yang melibatkan perasaan

5) Saya juga bukan seorang yang knowledgable seperti dia yang mampu mengupas pelbagai tajuk secara efektif kepada pembaca-pembacanya.

6) Saya …..

7) Saya …..

8 ) Dan beribu alasan lagi

Tapi, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menulis semula. Bezanya, dahulu saya menulis di atas kertas, tapi sekarang saya menulis di alam siber. Kenapa saya ingin menulis semula… Biarlah ia menjadi rahsia saya :)
Kesimpulannya, untuk peringkat awal ni saya akui memang akan terdapat pelbagai kekurangan dalam penulisan saya (it might be bored to read), namun saya akan cuba perbaiki dari semasa ke semasa (kan senang klau cakap je tak payah tulis-tulis ni…hu..).

Akhir kalam, selamat membaca! :)