Archive for March, 2008


Bonus oh Bonus

Bagi sesebuah syarikat, mungkin musim bonus telah berlalu. Dan mungkin ada juga syarikat yang belum menawarkan bonus bagi pekerjanya.

Apa yang akan anda lakukan jika tempat anda bekerja memberikan bonus sebanyak 8 bulan? :)

1. Reward myself (Should it be no.1? Ahahah :p )

2. Melabur (ASB, amanah saham, saham, FCPO, etc)

3. Menyimpan

4. Membeli aset

5. Membayar hutang-hutang (kalau ada)

6. …

Atau apa sahaja. Dan anda boleh berkongsi di sini. Senaraikan apa yang anda akan lakukan mengikut priority. Yang mana anda patut dahulukan, dan yang mana tidak.

p/s: Bagi sesiapa yang masih ragu-ragu, atau tidak pasti apa yang patut anda lakukan, jangan lupa sertai kami dalam Bengkel Cashflow 101 yang akan diadakan pada 23 dan 30 Mac ini :).

>> Untuk pendaftaran sila klik di sini!

Baca:

Kenapa saya perlu menyertai bengkel ini?

Tsunami di Malaysia

Saya bukan lah orang yang layak nak membincangkan isu-isu politik negara kita. In fact, saya bukan arif sangat tentang urusan perlembagaan negara dan sebagainya. Saya cuma orang biasa.

8 Mac yang lalu, telah berlaku gelombang perubahan besar dalam sejarah politik negara. Bak kata Dato’ Sri Dr Zahid Hamidi, fenomena yang berlaku ini kita gelar sebagai “Tsunami Politik”. Beberapa negeri telah jatuh ke tangan pembangkang; Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Begitu juga Kerajaan Barisan Nasional yang hilang 2/3 daripada suara rakyat.

Bagi saya sebagai org Perak dan Selangor (hehehe.. lahir di Perak, membesar di Selangor), turut mengambil berat tentang perubahan yang berlaku yang mana kedua-dua kerajaan negeri telah diambil alih oleh pihak pembangkang (oops… bukan lagi pembangkang la patutnya, Kerajaan PAS, Keadilan dan DAP). Apapun, saya akan menyokong perubahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan baru ini andainya perubahan itu tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia dan membawa lebih banyak kemajuan di masa hadapan. 5 tahun ini penentu samaada PRU yang akan datang akan mengembalikan kuasa BN di negeri-negeri ini atau BA akan terus mendapat tempat dihati rakyat.

Tempat kerja saya ini dikelilingi oleh penyokong-penyokong BN. Dan mereka memang amat marah tentang pengambil-alihan kuasa yang berpihak kepada BA. Saya merasa amat lucu sekali tentang rungutan-rungutan dan kebimbangan meraka apabila kerajaan BN kalah di Selangor. Antaranya:

A:Yesterday, I went out for lunch and I saw a kid covered her head (wearing tudung). OMG, Selangor has turned to be like Kelantan” —> memang sgt kelakar kot statement ni. Hahaha.

B: Since there is no more Khir Toyo, what would happened to UNISEL? I’m sure they’ll close the University (U/P: UNISEL milik sepenuhnya Perbadanan Menteri Besar) —> kalau statement di atas saya anggap sebagai satu kenyataan bo*oh, kenyataan yang ini adalah double bo*oh. Ini sepatutnya bukan pemikiran mereka yang terpelajar dan hidup dalam suasana bandar.

Sebenarnya ada banyak lagi rungutan-rungutan yang timbul terutama tentang masa depan pembangunan negeri Selangor. Adakah Selangor akan terus menjadi negeri yang termaju ataupun sebaliknya. Saya berharap kerajaan baru ini yang diterajui oleh BA akan membawa perubahan yang akan menutup mulut-mulut mereka seterusnya mengubah mereka untuk terus menyokong kerajaan baru ini.

SELAMAT BEKERJA!

ringgitwise.com

Kadang-kadang, kita tak boleh lari dari memerlukan debt instrument dalam kehidupan kita. Nak beli kereta, perlukan pinjaman. Nak beli rumah pun, perlukan pinjaman juga.

Namun begitu, kita punyai pilihan yang banyak dalam memilih debt instruments yang bersesuaian dengan aliran kewangan kita. Jadi, adalah lebih baik jika kita membuat perbandingan dulu dari segi harga atau caj yang dikenakan dan beberapa faedah yang lain yang boleh membantu kita untuk membuat keputusan dengan bijak.

Dalam website www.ringgitwise.com ini, boleh membantu anda dalam menentukan pencarian anda :) Melalui website ini anda boleh:

1) Compare Credit Cards

2) Compare Hire-Purchase Deals

3) Compare Home Loans

4) Compare Base Lending Rates

Input-input dalam website telah dikemaskini pada Julai 2007. Mungkkin ada beberapa fakta yang sudah berubah. Antaranya:

AffinBank Credit Card

1) Interest rate : sudah diturunkan kepada 9.99%

2) Annual fee: Dihapuskan

* Fakta ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 2007

Apapun, anda masih lagi boleh pergi melawat ke website-website setiap bank yang ada untuk maklumat terkini. Selamat memilih :)