Saya Mencari Agen Insurans
Saya mencari insurans yang boleh cover untuk maternity. Sesiapa yang jual insurans tersebut, atau mempunyai kenalan yang menjadi agen insurans tersebut, sila maklumkan pada saya ye
Terima Kasih
Saya mencari insurans yang boleh cover untuk maternity. Sesiapa yang jual insurans tersebut, atau mempunyai kenalan yang menjadi agen insurans tersebut, sila maklumkan pada saya ye
Terima Kasih
Dua hari lepas, saya dan suami pergi menuju ke Pizza Hut. Gara-gara saya ternampak iklan Pizza Hut yang baru ni sebulan yang lepas. Hehehe. Nampak macam sedap, jadi mulut saya tak sabar-sabar nak merasa pizza yang baru ini.
Semasa mengambil order, saya ternampak juga pasta baru dari Pizza Hut. Sesame Chicken Spagetti. Dan sememangnya saya SUKAAAA bangat makan spagetti.
Dengan muka yang comel, saya menagih simpati dari suami agar membenarkan saya order lagi satu jenis makanan. Oh ya, pizza yang baru tu untuk 2 orang makan ye. Hehehe
Selepas 10 minit menunggu, spagetti saya pun sampai. Bersesuaian dengan harganya yang cuma RM6.90, jadi tentu anda semua boleh bayangkan betapa ‘BANYAK’ nye spagetti itu.
Tape, tak kesah la semua tu. Janji perut dan mulut saya tidak sabar-sabar lagi nak merasa ke’sedap’an spagetti itu. Tetapi, suami tetap didahulukan. “Sila makan ye bang…”. Saya masih menanti dengan sabar untuk tunggu turn bila boleh makan spagetti ni.
Dengan perasaan ingin tahu yang berkobar-kobar, saya pun terus bertanya pada suami, “Cene… sedap tak?”
Suami buat muka kelat nya… sambil berkata, “Macam pelik je rasanya”
Saya tak puas hati. Dengan pantas mengambil garfu lalu memasukkan spagetti ke dalam mulut saya. Gulp…. Reaksi yang sama. Muka kelat juga. “Err… tak sedapnya. Manis gila sos dia”
Sudahnya, cuma 2 suap sahaja kami lalu untuk makan spagetti tersebut. Komen saya, ntahla… mungkin tidak sesuai dengan selera saya. Yang pasti (bagi saya):
1. Sosnya terlalu berminyak. Sangat banyak minyak
2. Manis sangat…. (nama pun sesame.. sudah tentu diorang masak guna minyak bijan)
3. Sangat tak sesuai untuk dijadikan sos spagetti. Menyesal tak order bolognaise spagetti
Tetapi, sesiapa yang sukakan bijan dan keluarganya… tak salah anda mencuba! ![]()
Petang semalam tiba-tiba teringin sangat nak makan salad. Mimpi apa ntah. Sebab nye saya ni bukan lah penggemar sayur ^_^. Mujurlah suami memang seorang sukakan semua jenis sayuran, jadi tak la rasa sia-sia sangat kalau saya buat salad untuk juadah makan malam.
Bahan-bahannya:
(Bahan A)
- Daun salad
- Chicken poppers (digoreng dan dipotong kecil)
- Bunga kobis
- Lobak merah (dipotong kiub)
- Anggur hijau (seedless)
- Epal hijau (dipotong kiub)
- Timun (dipotong kiub)
- Udang (direbus)
- Baby Tomato (dipotong dua)
(Bahan B - Dressing)
- Mayonis
- Sos cili
- Jus lemon
Cara-caranya:
1. Gaulkan semua bahan A ke dalam mangkuk besar
2. Dalam mangkuk yang berlainan, campurkan kesemua bahan B untuk dijadikan dressing bagi salad kita ini (mengikut citarasa masing-masing).
3. Kemudian, gaulkan bahan A dan dressing tadi bersama-sama
4. Sedia untuk dihidang
p.s. Boleh juga gunakan Thousand Island sebagai ganti kepada dressing yang anda sediakan sendiri.
Makaroni sup adalah salah satu masakan yang sering mak saya masak sewaktu kecil dulu. Ini antara masakan yang paling simple untuk dimasak, yet berkhasiat and sedap sangat
Malam lepas, saya dan suami sampai di rumah lebih kurang jam 9. Setelah penat seharian menghadiri kenduri dan juga menjenguk ofis (ada program yang dijalankan), saya agak keletihan untuk masuk ke dapur dan memasak. Tapi, demi suami.. masak tetap masak
So, let’s start cooking!
Bahan-bahan yang diperlukan:
(Bahan A)
- Makaroni (dibasuh terlebih dahulu)
- 2 hingga ke 3 biji kentang (dipotong kecil)
- Daging / ayam (dipotong kecil)
- Lobak merah (dipotong dadu - saiz besar)
- Bebola ikan (kalau ada)
- sedikit garam (mengikut rasa)
(Bahan B)
- 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
- sedikit lada putih (ditumbuk)
- bunga lawang dan kayu manis
(Bahan C - untuk hiasan)
- Daun Sup
- Bawang Goreng
- Cili merah (dihiris)
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis semua bahan B sehinga naik bau.
2. Kemudian, masukkan sedikit air untuk dijadikan sup.
3. Masukkan daging / ayam dan tunggu sehingga bahan tadi separa lembut.
4. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
5. Setelah kentang dan lobak merah agak-agak separa empuk, masukkan makaroni, bebola ikan dan sedikit garam ke dalam masakan.
6. Tunggu sehingga makaroni kembang dan sedia diangkat.
7. Untuk hiasan dan menambahkan lagi aroma sup anda, taburkan daun sup, bawang goreng dan cili merah yang dihiris halus tadi ke dalam masakan anda.
Selamat mencuba!
p.s. Bagi mereka yang tidak berapa sukakan masakan pedas, kurangkan sedikit pengambilan lada putih dalam sup anda.
Saya suka memasak. Malangnya, keterbatasan waktu yang saya hadapi menghalang saya untuk menyediakan makanan-makanan istimewa untuk suami tercinta. Tetapi, itu tidak menghalang saya untuk terus memasak walau sesibuk mana sekalipun. Perut suami wajib dijaga
Maka, blog ini telah saya ubah sedikit sebanyak untuk berkongsi resipi dengan kaum isteri di luar sana yang mempunyai masalah sama dengan saya. Harap resipi-resipi yang saya kongsikan nanti dapat membantu puan-puan memperoleh sedikit idea untuk menyediakan menu buat suami masing-masing.
Selain itu isu-isu semasa juga akan dimuatkan dalam blog ini sebagai perencah tambahan. Maklumlah, wanita kan yang selalu berbelanja barang dapur, mesti rimas kalau harga barang asyik naik sahaja.
Selamat membaca!
Sebagai warga UIAM (alumni), saya berhak tahu mengapa Presiden kami ditukar.
Pak Lah naikkan harga minyak. Semua kos meningkat. Kerajaan mula berjimat-cermat (kononnya). Projek-projek mula berkurangan. Swasta tiada bisnes. Maka, tiadalah syarikat membuat pinjaman. Hasil pendapatan mula berkurangan. Maka semua pekerja diminta berjimat. Maka selepas ini….
1. Semua lampu akan dipadamkan sewaktu lunch time
2. Semua dokumen yang ingin dicetak perlulah black n white & double sided SAHAJA
3. Drink boil water only (no more mineral water ya!)
4. Klien yang datang untuk bermesyuarat cuma diberi air kosong sahaj.a Tiada lagi teh, kopi, kapucino dan sebagainya.
5. Tiada lagi business class travel. Semua diminta menaiki pesawat Economy class sahaja
6. Hadkan penggunaan tisu tandas
7. Tahun depan tiada bonus (Erk… mungkinkah?)
UBAH GAYA HIDUP! Kita tiada pilihan lain