Archive for June, 2008
Saya Marah
Ye… Saya masih marah dengan berita yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita semalam tentang kenaikan harga petrol yang berkuat kuasa tengah malam tadi.
Marah saya membuatkan saya mengajar suami supaya jangan lagi bertolak ansur memberi laluan kepada mereka yang cuba memotong barisan sewaktu dalam kesesakan lalu lintas.
Marah saya membuatkan saya tidak berhenti-henti merungut dan membebel sambil mengutuk pemimpin-pemimin negara kita yang terang-terang menindas rakyatnya.
Marah saya membuatkan saya tidak lagi mampu berfikir secara waras dan rasional memikirkan masalah ini.
Marah saya membuatkan saya menjadi seorang yang sensitif, pemarah dan pengamuk juga.
“Ya Allah.. Kau ampunilah segala tindak tanduk ku yang tidak sopan ini, segala tutur kataku yang tidak melambangkan aku sebagai hambaMu yang solehah.
Ya Allah… Sekiranya kenaikan harga ini dibuat kerana ingin menyelamatkan Malaysia, sesungguhnya aku redha Ya Allah dan Kau ampunkan lah dosa-dosa pemimpin kami. Namun Ya Allah, seandainya terdapat agenda lain disebalik tindakan ini, hanya Engkau sahaja yang layak membalasnya. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin”
Ini Bukan Cubaan. Ini Betul-Betul…!
Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini: PM
PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
p.s. Hadiah dari Kerajaan BN kepada rakyat Malaysia sempena tak sampai 100 hari pun selepas kemenangan mereka dalam PRU12.
p.p.s. Oh Pak lah, kami tak mau la ‘hadiah’ seMAHAL ni. Terima kasih banyak-banyak ye… Huhu
Petrol naik 89 sen? Ish.. biar betul nih
Hari ini, saya dan rakan-rakan sepejabat yang lain sibuk memperkatakan tentang hal skim subsidi petrol baru yang bakal diumumkan kerajaan pada hari ini.Tit.. Tit… Handphone kawan saya berbunyi tanda ada SMS yang masuk
“Tonight the petrol will go up 89 cents” Danny said after reading the SMS.
Dan respon kami semua…
“Aaaa???? Biar betul. U must be kidding us Danny”
89 sen naik untuk seliter petrol? Pergh…. Jenuh tu nak membayar duit petrol lepas ni. Dan kami semua mula membayangkan perkara yang sama. Patutkah kami beramai-ramai menaiki basikal untuk pergi kerja? Hmmm…
p/s: SMS tersebut mungkin hanya khabar angin. Belum ada hitam putih atau apa-apa pengumuman dari pihak kerajaan. Harap semua dapat sabar menunggu berita (baik / buruk) daripada pihak kerajaan kesayangan kita. Ahaks :p
Bacaan lain: Harga Baru Untuk Petrol



