Archive for July, 2008


Bun Sosej

3 bulan yang lepas, saya selalu beli bun sosej dari sebuah kedai runcit on the way sebelum sampai ke pejabat.

3 bulan yang lepas harga bun sosej ni cuma RM0.60.

Bun kosong yang membaluti sebatang sosej pendek.

Hari ini, selepas 3 bulan….

Uik, RM1.30! Aiseh… tak dapat la beli 2 biji bun.

p.s: Saya belum withdraw duit lagi pagi ni. Sebelum pergi keje cuma ada RM5 sahaja dalam purse. Itupun sbb ‘curi’ duit suami. Ahaks :p Kalau tau harga bun dah naik, patut amek banyak sket tadi ;)

p.p.s: Tiket LRT RM1.90 + Tiket monorel RM1.20 = Baki RM1.90 (memang tak dapat la kan nak beli 2 biji bun)

p.p.p.s: Dah lebih 100% dah inflasi macam ni. Hohoho

p.p.p.p.s: Ingat nak amek gambar bun tadi masa lepas beli tu, tapi sebab dah lapar sangat. Jadi, bun dah tinggal separuh baru teringat pasal gambar ;)

 

Durian

Durian ni memang buah kegemaran saya ^_^. Kalau dulu saya boleh habiskan beberapa biji durian seorang.

“Mmmph… Sedapnya hingga menjilat jari”

Tapi, sejak berkahwin ni, jarang sangat nak dapat makan durian. Nak buat macam mana, suami memang tak makan durian. Haisy! ;)

Semalam, kebetulan saya pulang ke kampung bersama suami (hoho… time hari kerja pun boleh balik kampung? :p ) Jadi, singgah sekejap rumah makcik untuk makan tengahari (hehe, malas nak masak :p) Kebetulan juga, ada durian kat rumah dia. Yea!!!! Setelah perut kekenyangan melantak santapan tengahari, perut saya masih lagi punyai ruang untuk diisi. Sudahnya, saya habiskan sepinggan besar durian seorang. Mula ingat nak makan 2 3 ulas je. Tapi, makan-makan sambil berbincang isu-isu politik semasa, tak sedar rupanya habis licin satu pinggan. Hehe.

Akibatnya, badan saya kepanasan dari semalam sampai ke hari ni. Tekak dah mula sakit. Hidung dah mula tersumbat. Cuma belum demam je lagi ;)

Ada orang yang suka makan buah durian dan apa-apa juga masakan yang berasaskan durian. Contoh macam kuah durian (orang Perak panggil serawa), tempoyak, dan sebagainya.

Ada orang tidak suka makan durian, tapi suka pulak makan tempoyak. Hmm.. Musykil ni.

Tapi saya, suka sangat makan buah durian, tapi tidak masakan yang berasakan durian ^_^

Jadinya, saya memang tidak dapatlah nak berkongsi resipi dengan puan-puan bagaimana cara membuat tempoyak, serawa dan sebagainya. Saya tak makan, dan saya tak tahu pun cara nak buatnya. Tapi, saya sediakan beberapa link untuk resipi masakan yang berasaskan durian untuk dikongsi bersama.

Kek Durian

Mungkin puan-puan ada lagi beberapa resipi masakan yang berasakan durian. jadi bolehla anda kongsikannya bersama di sini :)

Selamat Mencuba!

Homemade Bread Crumbs

Mungkin ada di antara kita yang tidak makan kulit roti. Kalau beli roti tu, cuma bahagian putihnya saja yang di makan. keliling roti dibiarkan dan dibuangkan.

Kadang-kadang tu, sayang juga kalau kita buang begitu sahaja. Kan membazir namanya :) Ada guna juga kulit roti tu. Jadi, hari ini saya akan berikan resipi bagaimana cara kita nak buat bread crumbs sendiri :)

Selain jimat kan duit untuk beli bread crumbs di kedai, kita pun tak la membazir buang kulit-kulit roti tu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

- Kulit roti

Cara-caranya:

- Bakar kulit-kulit roti tersebut dalam oven sehingga kering dan garing

- Kemudian kisarkan bahan itu tadi sehingga halus

Senang kan? :) Boleh simpan dalam tupperware supaya bread crumbs yang dihasilkan lebih tahan lama. Selepas ni, boleh la buat chicken chop sendiri di rumah ;)

Selamat mencuba!

Aik… Apa dah jadi?

Kelmarin…

RUMUSAN, hujah DSAI (dalam Debat Anwar vs Shabeery)

  • Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
  • Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
  • Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
  • Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
  • RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
  • RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion
  • Maka selesailah masaalah

Semalam…

Hari ini…

Saya dan suami…

       Kah.. kah… kah… Gelak berguling-guling. Geli usus perut.

Debat Anwar - Shabeery

<Update>

Hehehe… Kita sambung lagi cerita debat. Walaupun tiada kaitan pun dengan tips resipi, tapi sesekali orang dapur pun kena la tau hal-hal semasa ni kan.

Saya copy-paste salah sorang tukan komen yang memberi komen di blog Datuk Shabeery. Ulasan secara keseluruhan tentang debat malam tadi.

jamil bin isamil Says:

Tahniah buat dato seri anwar ibrahim

Tahniah-tahniah tahniah. sungguh bernas dan kuat.bukan nak bodek atau nak puji.tapi kenyataan.orang yang berfikiran waras dan tidak berat sebelah tentu akan menyokong cakap saya.tahniah juga kerana profesional tidak menjawab atau membuat serangan peribadi sedangkan dari belah sana jauh menyimpang,Saya berpandangan, DS Anwar Ibrahim mendahului debat dengan fakta dan penguasaan materi debat secara matang dan konkrit.Sebaliknya Shabery nampaknya mengulang-ulang serangan peribadi dan sering terkeluar dari topik perbahasan sebenar. Antaranya seingat saya dia mengulangi mengenai Anwar demo dibaling sebanyak 2 kali, selain itu mengaitkan Anwar dengan IMF dan kejatuhan ekonomi tahun 1998.Hujah-hujah Anwar sangat bernas berbanding dengan Shabery yang tersasar kepada serangan peribadi. Satu masa dia menyebut mengenai “minyak urut”, yang menampakkan hujah yang kebudak-budakan.
Formula menurunkan harga minyak oleh Anwar nampaknya berasas berbanding dengan penjelasan Shabery alasankenaikan harga minyak yang rapuh.Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya.

Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya, samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.

Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.

RUMUSAN, hujah DSAI

* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalah

LAIN – LAIN HAL

* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.

AHMAD SHABERY

* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakan

TAMBAHAN SIKIT

* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi

Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.

Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?

* Zukifli Sulong

Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan

<Entri asal>

Saya langsung tak gembira dengan debat ini. Tak faham langsung apa yang cuba disampaikan oleh wakil pendebat Bee End.

Mungkin Datuk Shabeery Chik tidak faham tentang dunia perbahasan. Selain mengutarakan hujah atau isi bahas bagi mempertahankan pendirian masing-masing, pendebat juga perlu mengemukakan hujah balas bagi membidas hujah pihak lawan.

Tapi bagi Datuk Shabeery, saya tak nampak langsung hujah balas beliau. Apa yang saya nampak, setiap hujah atau soalan yang diutarakan, jawapan beliau ntah ke mana melencongnya. DSAI sudah banyak kali menerangkan bahawa isu penurunan harga minyak ini tiada kaitan langsung dengan duit Petronas, tapi Datuk Shabeery seolah-olah tak berapa paham agaknya. Petronas jugak yang dikaitkan.

Layan ulasan tentang debat ini di Astro Awani lagi best. Lagi banyak isu-isu dan idea-idea bernas yang dibincangkan. Baik yang pro mahupun kontra dengan usul yang dicadangkan oleh DSAI.

p/s: Saya rindukan saat-saat berbahas seperti dahulu ;)

Bacaan lain:

Datuk Ahmad Shabeery Chik, you’re fired!

Masalah Nasi Mentah

Nasi mentah, mungkin bukan lagi masalah kepada semua suri rumah tangga di kala ini. Maklumlah, semuanya masak nasi menggunakan rice cooker.

Tapi, mungkin ada diantara kita yang terpaksa memasak nasi menggunakan kaedah lama, iaitu tanak nasi di atas dapur.

Bagi mereka yang tidak biasa menanak nasik di atas dapur gas, anda mungkin berhadapan dengan masalah seperti ini (saya pun pernah mengalami masalah yang sama sewaktu ditugaskan memasak nasi kawah semasa aktiviti perkhemahan dahulu)

Mujur ada ayah saya. Heheh.. Dia yang bagi saya petua ini.

Isikan air panas ke dalam mangkuk / cawan yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, dan letak mangkuk / cawan yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat, dan biarkan selama  beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak.

“Pastikan periuk ditutup rapat hingga nasi betul-betul masak”

Selamat mencuba!

Senyum Kambing di Hari Jumaat

Dapat satu emel ni… Boleh tahan kelakar gak. Saje nak kongsi bersama… Release tension. Hehe ;)

Magic gak encik ni…

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali di talipon.

“Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala dato’ bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato’, lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato’…baik dato’… Oklah dato’…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato’….bye”

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

“Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik” tanya Ali.

Lelaki tu menjawab ” Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line”

“Argh… Malunya. Rasa nak hempuk dahi ke dinding”