Lagi-lagi Sumpah…
Sekarang ni, satu Malaysia heboh memperkatakan tentang hal politik negara. Sana-sini semua sibuk menggesa DSAI bersumpah atas nama Allah bahawa sesungguhnya beliau tidak meliwat Saudara Syaiful Bukhari Azlan.
Tetapi, yang hairannya… Tak ada pulak gesaan terhadap DS Najib dan isteri beliau DS Rosmah untuk bersumpah bersama menafikan pembabitan mereka berdua dalam kes pembunuhan Altantuya. Hmm… Kalau diikutkan, pertuduhan terhadap mereka berdua jauh lebih berat dari kes DSAI.
Apa pun, entri saya pada kali ini bukan lah berkisar tentang politik negara kita. Cuma, saya ingin membawa puan-puan semua memikirkan tentang hal keluarga kita terutama masalah kos sara hidup yang kian meningkat sekarang.
Mahu atau tidak, sesungguhnya Pak Lah dan konco-konconya dalam kerajaan Barisan Nasional sekarang perlu menerima hakikat bahawa, kenaikan harga petrol baru-baru ini sangat-sangat menekan hidup rakyat Malaysia. Malah, situasi ini juga mengundang pelbagai kesan negatif dalam negara.
Kes yang amat mudah, keluarga yang mengalami kesempitan hidup mempunyai kemungkinan yang tinggi berhadapan dengan krisis dalam keluarga. Ibu bapa sering bergaduh. Anak-anak pula terabai. Jalan singkat bagi anak-anak, menjebakkan diri mereka dalam gejala yang tidak sihat yang ada dalam masyarakat kita. Merokok, mencuri, mengisap dadah, dan sebagainya. Na’uzubillah.
Emak saya, merupakan seorang GPK HEM di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Semalam, beliau menceritakan kepada kami sekeluarga, 90% daripada pelajar sekolahnya menghisap rokok! Dan yang paling teruk, ada diantara mereka yang mula menghisap rokok sejak dr Pra-sekolah lagi (ketika berumur 6 tahun).

Itu belum masuk cerita budak-budak sekolah rendah yang menonton filem lucah lagi. Huh… Seram saya dengar cerita mak saya semalam.
Kebanyakan budak-budak yang bermasalah tersebut menceritakan punca mereka menghisap rokok dan sebagainya kerana tertekan. Ibu bapa sering bergaduh di dalam rumah (Err… budak kecik pun tahu tertekan. Kesian…). Bergaduh kerana apa… kerana ketidak cukupan duit untuk menanggung keluarga masing-masing.
Sebab itu lah, saya ingin menggesa puan-puan agar bersama-sama kita mengubah nasib keluarga kita. Nak suruh Pak Lah turunkan harga minyak, makanan dan barang-barang lain memang jangan harap lah. Dia tak kan dengar punya cakap kita. Nak suruh tukar gaya hidup, dah tak tau nak tukar tang mana. Jadi, mahu atau tidak, kita kena tambahkan pendapatan keluarga kita. Cari lah apa-apa peluang pekerjaan atau perniagaan yang HALAL yang boleh membantu kita mendapatkan extra income untuk keluarga.
Bagi mereka yang tidak tahu di mana dan bagaimana hendak bermula, sila baca:




