Archive for September, 2008


E’id Mubarak

Selamat menyambut Ei’d ul Fitri dari kami, suami isteri.

Semoga Syawal kali ini membawa lebih erti dan keberkatan buat semua.

Berhati-hati di jalan raya!

Maaf zahir & batin

Susu oh susu…

Selain kecoh isu peralihan kerajaan yang mungkin jadi atau mungkin tidak, satu dunia dikejutkan pula dengan isu susu beracun negara China. Hohohoh… Budak umur tak sampai setahun boleh kena batu karang. Ini kes serius. Seperti kata-kata Wonderpets.. “Ini serius…”"

Berikut adalah beberapa makanan yang dikatakan mempunyai bahan susu beracun ini. Jadi, puan-puan semua sila pastikan peti sejuk atau gobok makanan anda tak ada makanan-makanan seperti yang disenaraiakan dibawah. Kalau ada, sila buang. Dalam kes ni, tak timbul isu membazir. Nyawa kita dan ahli keluarga kita jauh lebih penting.

  1. M&M
  2. Snickers
  3. Oreo Wafer Stick
  4. Mento’s Yoghurt Bottle
  5. Dove Chocolate
  6. Monmilk
  7. DutchLady Sterilised Milk
  8. Wall’s all natural mango
  9. Mini Poppers ice cream
  10. Magnum ice cream
  11. Mini cornetto
  12. Youcan Ice cream

Sotong Goreng Kunyit

Semalam, saya sampai rumah sedikit lewat. Hujan lebat. Jadi, faham-faham je la macam mana keadaan jalan raya kat sekitar KL ni. Keluar ofis jam 4.30. Berebut naik tren untuk ke ofis suami so, makan masa hampir sejam. Dari ofis suami di Cheras untuk ke Kajang, perlukan lagi sejam. Jadi, saya sampai rumah semalam lebih kurang pukul 6.30. Tu rutin seharian saya sejak duduk di Kajang ni.

Kalau bernasib baik, sampai la awal sikit.

Sampai rumah, terus ke dapur. Menu berbuka untuk petang semalam dah tersemat rapi dalam kepala otak ni sejak pukul 12 tengahari semalam. Hehehe :P

Disebabkan saya tau yang saya ni memang tak cukup masa, jadi lauk paling simple saja dibuat. Sotong Goreng Kunyit.

Orang-orang bujang, baik laki mahupun perempuan… boleh la cuba resipi ni. Tak susah mana pun. Main campak-campak je. Suami saya pun boleh buat nih (kalau dia nak la :P )

Bahan-bahan:

Sotong
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 ulas bawang putih
1 batang cili merah
Serbuk kunyit
Garam dan gula
Sedikit air masak

Bahan tambahan:

Kacang panjang
Bunga kobis
Tomato

Cara-caranya:

1) Goreng sotong tanpa minyak. Untuk hilangkan air dan hanyir sotong
2) Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih,cili dan serbuk kunyit sehingga naik bau.
3) Kemudian masukkan sotong. Tambah sedikit air.
4) Masukkan sayur-sayur tadi. Tutup kuali untuk lebih kurang 5 minit.
5) Dah siap! Sedia dihidang.

Menu lain semalam, “Ayam Goreng SunQuick”. Nak tau resipi, kena tanya biras saya :)

Gambar? Takde. Adik saya sudah curi saya punya kamera.

Salam Ramadhan

Ramadhan Kareem buat semua :)

Diam tak diam, dah sepuluh hari kita berpuasa rupanya. Kejap je rasanya.

Semoga 20 Ramadhan yang terakhir ini lebih baik daripada 10 Ramadhan yang pertama.