Archive for October, 2008


Ikan Sweet Sour

Saya sudah kembali bertugas seperti biasa. Juga sudah kembali ke dapur :) Tapi, belum lincah lagi la.

Disebabkan saya sudah kembali ke dapur, maka ligat juga la suami saya membebel suruh update blog saya yg sudah berhabuk, tapi belum bersawang lagi :P

Masakan saya yang pertama setelah berehat panjang ni, lauk simple je la larat buat. Hehehe. “Sweet Sour Gerut-gerut”. Dan, hari yang sama juga saya membuat kek coklat.

Resipi 1: Sweet Sour Gerut-gerut

1 ekor ikan Gerut-gerut *

1 biji bawang besar (dihiris bulat)

2 biji bawang putih (dihiris)

4 sudu besar sos cili

3 sudu besar sos tomato

1 sudu kecil gula

1/2 sudu kecil garam

1/2 cawan air

2 sudu besar minyak masak

1 biji tomato (dipotong 4 atau 6 - bergantung pada saiz)

300g nanas (dipotong kiub)

300g sayur campur (kalau tak nak letak pun takpe)

Cara-caranya:

1) Goreng ikan terlebih dahulu. Nak goreng bersama tepung pun boleh. Lagi sedap dan rangup.

2) Sementara menunggu ikan masak, kita sediakan sos nya juga.

3) Panaskan minyak, tumis bawang yang telah dihiris tadi. Tak perlu lama. Cukup sekadar melayukan bawang sahaja.

4) Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau. Tambahkan air.

5) Oops… jangan lupa garam dan gula. Masukkan juga nanas dan sayur campur tadi. Teruskan mengacau hingga kuah menjadi pekat sebelum dituangkan ke atas ikan anda.

*Tips: Boleh gunakan apa-apa jenis ikan. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Bercuti…

Salam ‘Eid ul Fitri semua…

Saya cuma ingin mengumumkan bahawa blog Tips Resipi ini terpaksa direhatkan buat sementara waktu. Sampai bila… Wallahua’lam. Saya sendiri tak pasti.

Kenapa? Tak de apa-apa :) cuma buat masa sekarang saya tidak lagi turun ke dapur. Itu saje :) Tapi, lain la kalau suami saya tetiba rajin turun ke dapur, mungkin beliau boleh berkongsi sesuatu dengan kita di blog ini ;) hehehe.

Akhirnya, maafkan salah silap saya jika ada terkasar bahasa atau sebagainya, dan minta doakan saya sihat sejahtera :)