Income Tambahan
Sudah lebih 2 tahun, saya membantu suami dalam mengendalikan salah satu program nya iatu Bengkel Cashflow 101. Sepanjang tempoh itu juga saya sudah berjumpa dengan pelbagai jenis orang. Ada yang masih belajar, ada yang sudah bekerja tapi masih bujang, ada yang sudah bekerja dan sudah bekeluarga, ada juga pasangan suami isteri, malah tidak lupa ramai juga golongan-golongan senior yang sedang menunggu masa untuk pencen atau bersara dari bekerja.
Rata-rata mereka yang hadir ke dalam bengkel ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk belajar bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka disamping mengetahui cara-cara menambah pendapatan bulanan mereka.
Antara perkara yang mereka pelajari untuk menambahkan pendapatan mereka adalah dengan BERNIAGA. Dan saya memang sangat menggalakkan agar kita memulakan perniagaan sampingan secara kecil-kecilan, kerana kos hidup kita yang kini makin meningkat.
Justeru, saya berikan disini beberapa jenis perniagaan yang puan-puan boleh jalankan di rumah yang tidak memerlukan kos yang besar. Apa salahnya kita pun tolong suami cari income lebih
Oops… yang belum berumah tangga pun apa salahnya tambahkan pendapatan anda bersama.
1. Gubahan bunga, hantaran, etc
2. Menjahit baju, manik
3. Khidmat andaman (tidak perlu limit pada majlis perkahwinan sahaja)
4. Upah memasak (untuk majlis kecil-kecilan)
5. Buat kek, cookies, etc
6. Sertai MLM (Jangan terlibat dengan MLM yang menipu ya)
7. Mengajar tuisyen
.
..
…
….
…..

Dan banyak lagi jenis perniagaan yang kita boleh buat. Sesiapa yang punyai skil yang tidak dipunyai oleh ramai orang lain, jadikan ia sebagai satu cabang bisnes kita
Selamat Berniaga!




[...] Tips Resipi Income Tambahan [...]