Archive for the ‘Dapur’


Sambal Tumis Udang Petai & Tomyam Ayam

Saya MC hari ini. Tak sihat. Tapi, dalam tak sihat saya tu, sempat lagi ke Giant, shopping barang dapur. Hehehe :p

Malam ini, saya masih lagi tidak berapa sihat. Tapi, suami saya asik merengek mahu makan petai, saya gagahkan diri juga ke dapur dan memasak.

Menu saya dan suami untuk malam ini biasa-biasa sahaja. Mungkin ramai yang dah tahu resipi nya. Tapi, tak mustahil juga ada anak-anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, masih mencari-cari resipi Sambal Tumis Udang Petai dan Tomyam Ayam ini. Apapun, anda semua boleh juga berkongsi rahsia resipi masing-masing bagi menambahkan lagi kelazatan menu ini :)

Resipi 1: Sambal Udang Petai

Sambal Tumis Udang Petai

Sambal Tumis Udang Petai

Bahan-bahan:

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

7 - 10 batang cili kering

1 ulas bawang besar

1/4 cawan air asam jawa

Sedikit gula dan garam

Udang

Petai (yang ni bahan paling penting :P)

Cara-cara:

1) Bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili kering dikisar bersama

2) Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Kemudian tambahkan air asam ke dalam tumisan tadi.

3) Kemudian, masukkan udang tadi dan juga petai. Tunggu sehingga masak.

4) Sedia dihidang!

Resipi 2: Tomyam Ayam

Tomyam Ayam

Tomyam Ayam

Bahan-bahan:

300g ayam (dipotong kecil - ambil bahagian tulang)

Lobak merah

Bunga kobis

Kacang Buncis

Tomato

Baby Jagung

2 biji Kiub Tomyam Knorr

1/2 cawan air asam

4-5 biji cili padi (potong kecil atau ditumbuk sedikit)

1 ulas bawang besar (dipotong 8 )

Cara-cara:

1) Rebus air sehingga mendidih. Kemudiam masukkan kiub tomyam Knorr dan juga ayam.

2) Rebus ayam sehingga agak empuk, kemudian masukkan lobak merah dahulu.

3) Setelah lobak merah anda mula menjadi sedikit lembut, baru masukkan sayur-sayur yang lain.

4) Untuk jadikan tomyam lebih masam dan juga sedikit pedas, tambahkan air asam dan juga cili padi ke dalam tomyam. Ops.. jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula bagi menyempurnakan rasa tomyam anda :)

5) Agak-agak sayur dah mula lembut, boleh la matikan api dapur anda. Tomyam kini sedia dihidang!

P/s: Kombinasi tomyam ayam dan sambal udang memang sangat sesuai untuk disajikan buat hidangan makan tengahari mahupun malam. Suami saya makan memang dah tak toleh kiri kanan. Tambah pula makanan kegemaran dia ada, iaitu petai. Makan tomyam pun dia masukkan petai juga. Hohoho :p

Durian

Durian ni memang buah kegemaran saya ^_^. Kalau dulu saya boleh habiskan beberapa biji durian seorang.

“Mmmph… Sedapnya hingga menjilat jari”

Tapi, sejak berkahwin ni, jarang sangat nak dapat makan durian. Nak buat macam mana, suami memang tak makan durian. Haisy! ;)

Semalam, kebetulan saya pulang ke kampung bersama suami (hoho… time hari kerja pun boleh balik kampung? :p ) Jadi, singgah sekejap rumah makcik untuk makan tengahari (hehe, malas nak masak :p) Kebetulan juga, ada durian kat rumah dia. Yea!!!! Setelah perut kekenyangan melantak santapan tengahari, perut saya masih lagi punyai ruang untuk diisi. Sudahnya, saya habiskan sepinggan besar durian seorang. Mula ingat nak makan 2 3 ulas je. Tapi, makan-makan sambil berbincang isu-isu politik semasa, tak sedar rupanya habis licin satu pinggan. Hehe.

Akibatnya, badan saya kepanasan dari semalam sampai ke hari ni. Tekak dah mula sakit. Hidung dah mula tersumbat. Cuma belum demam je lagi ;)

Ada orang yang suka makan buah durian dan apa-apa juga masakan yang berasaskan durian. Contoh macam kuah durian (orang Perak panggil serawa), tempoyak, dan sebagainya.

Ada orang tidak suka makan durian, tapi suka pulak makan tempoyak. Hmm.. Musykil ni.

Tapi saya, suka sangat makan buah durian, tapi tidak masakan yang berasakan durian ^_^

Jadinya, saya memang tidak dapatlah nak berkongsi resipi dengan puan-puan bagaimana cara membuat tempoyak, serawa dan sebagainya. Saya tak makan, dan saya tak tahu pun cara nak buatnya. Tapi, saya sediakan beberapa link untuk resipi masakan yang berasaskan durian untuk dikongsi bersama.

Kek Durian

Mungkin puan-puan ada lagi beberapa resipi masakan yang berasakan durian. jadi bolehla anda kongsikannya bersama di sini :)

Selamat Mencuba!

Homemade Bread Crumbs

Mungkin ada di antara kita yang tidak makan kulit roti. Kalau beli roti tu, cuma bahagian putihnya saja yang di makan. keliling roti dibiarkan dan dibuangkan.

Kadang-kadang tu, sayang juga kalau kita buang begitu sahaja. Kan membazir namanya :) Ada guna juga kulit roti tu. Jadi, hari ini saya akan berikan resipi bagaimana cara kita nak buat bread crumbs sendiri :)

Selain jimat kan duit untuk beli bread crumbs di kedai, kita pun tak la membazir buang kulit-kulit roti tu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

- Kulit roti

Cara-caranya:

- Bakar kulit-kulit roti tersebut dalam oven sehingga kering dan garing

- Kemudian kisarkan bahan itu tadi sehingga halus

Senang kan? :) Boleh simpan dalam tupperware supaya bread crumbs yang dihasilkan lebih tahan lama. Selepas ni, boleh la buat chicken chop sendiri di rumah ;)

Selamat mencuba!

Masalah Nasi Mentah

Nasi mentah, mungkin bukan lagi masalah kepada semua suri rumah tangga di kala ini. Maklumlah, semuanya masak nasi menggunakan rice cooker.

Tapi, mungkin ada diantara kita yang terpaksa memasak nasi menggunakan kaedah lama, iaitu tanak nasi di atas dapur.

Bagi mereka yang tidak biasa menanak nasik di atas dapur gas, anda mungkin berhadapan dengan masalah seperti ini (saya pun pernah mengalami masalah yang sama sewaktu ditugaskan memasak nasi kawah semasa aktiviti perkhemahan dahulu)

Mujur ada ayah saya. Heheh.. Dia yang bagi saya petua ini.

Isikan air panas ke dalam mangkuk / cawan yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, dan letak mangkuk / cawan yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat, dan biarkan selama  beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak.

“Pastikan periuk ditutup rapat hingga nasi betul-betul masak”

Selamat mencuba!