Archive for the ‘Isu Semasa’


Ini Bukan Cubaan. Ini Betul-Betul…!

Harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa tengah malam ini: PM

PUTRAJAYA: Berkuatkuasa tengah malam ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter, umum Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata berikutan kenaikan itu harga baru petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

p.s. Hadiah dari Kerajaan BN kepada rakyat Malaysia sempena tak sampai 100 hari pun selepas kemenangan mereka dalam PRU12.

p.p.s. Oh Pak lah, kami tak mau la ‘hadiah’ seMAHAL ni. Terima kasih banyak-banyak ye… Huhu

Tsunami di Malaysia

Saya bukan lah orang yang layak nak membincangkan isu-isu politik negara kita. In fact, saya bukan arif sangat tentang urusan perlembagaan negara dan sebagainya. Saya cuma orang biasa.

8 Mac yang lalu, telah berlaku gelombang perubahan besar dalam sejarah politik negara. Bak kata Dato’ Sri Dr Zahid Hamidi, fenomena yang berlaku ini kita gelar sebagai “Tsunami Politik”. Beberapa negeri telah jatuh ke tangan pembangkang; Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Begitu juga Kerajaan Barisan Nasional yang hilang 2/3 daripada suara rakyat.

Bagi saya sebagai org Perak dan Selangor (hehehe.. lahir di Perak, membesar di Selangor), turut mengambil berat tentang perubahan yang berlaku yang mana kedua-dua kerajaan negeri telah diambil alih oleh pihak pembangkang (oops… bukan lagi pembangkang la patutnya, Kerajaan PAS, Keadilan dan DAP). Apapun, saya akan menyokong perubahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan baru ini andainya perubahan itu tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia dan membawa lebih banyak kemajuan di masa hadapan. 5 tahun ini penentu samaada PRU yang akan datang akan mengembalikan kuasa BN di negeri-negeri ini atau BA akan terus mendapat tempat dihati rakyat.

Tempat kerja saya ini dikelilingi oleh penyokong-penyokong BN. Dan mereka memang amat marah tentang pengambil-alihan kuasa yang berpihak kepada BA. Saya merasa amat lucu sekali tentang rungutan-rungutan dan kebimbangan meraka apabila kerajaan BN kalah di Selangor. Antaranya:

A:Yesterday, I went out for lunch and I saw a kid covered her head (wearing tudung). OMG, Selangor has turned to be like Kelantan” —> memang sgt kelakar kot statement ni. Hahaha.

B: Since there is no more Khir Toyo, what would happened to UNISEL? I’m sure they’ll close the University (U/P: UNISEL milik sepenuhnya Perbadanan Menteri Besar) —> kalau statement di atas saya anggap sebagai satu kenyataan bo*oh, kenyataan yang ini adalah double bo*oh. Ini sepatutnya bukan pemikiran mereka yang terpelajar dan hidup dalam suasana bandar.

Sebenarnya ada banyak lagi rungutan-rungutan yang timbul terutama tentang masa depan pembangunan negeri Selangor. Adakah Selangor akan terus menjadi negeri yang termaju ataupun sebaliknya. Saya berharap kerajaan baru ini yang diterajui oleh BA akan membawa perubahan yang akan menutup mulut-mulut mereka seterusnya mengubah mereka untuk terus menyokong kerajaan baru ini.

SELAMAT BEKERJA!

Gelombang Perubahan Perdana

Senario 1

Seorang rakan sepejabat saya yang berusia hampir 40 tahun, mula memakai tudung 3 hari yang lepas. Alhamdulillah :) Antara cakap-cakap yang kedengaran:

Cakap 1: Hey!! Baru balik Mekah ke pakai tudung ni?
Cakap 2: Pakai tudung, tapi baju ketat
Cakap 3: Weih, sejak bila ko masuk Islam ni? (Err.. kawan saya ni memang Islam, dan kawan yang bercakap tu pun Islam jugak)
Cakap 4: Pakai tudung ni sebab nak kawen ye?


Senario 2

Apabila seseorang membuat keputusan untuk berkahwin pada usia 25 tahun. Dalam masa yang sama sedang membina kerjaya nya. Antara cakap-cakap yang kedengaran:

Cakap 1: What the hell are u geting married at this age?! Too young.. OMG!
Cakap 2: Are u pregnant? Or… being forced by somebody?
Cakap 3: I advise u to hold until 30 then only u can have a baby. 26, too young to have a baby.

Senario 3

Apabila seseorang membuat keputusan untuk mengubah cara hidup beliau, mencatat segala aliran keluar masuk tunai yang ada, mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak penting, belajar tentang ilmu-ilmu pengurusan kewangan dan sebagainya pada usia lewat 30-an. Antara cakap-cakap yang kedengaran:

Cakap 1: Ala ko ni.. hangat2 tahi ayam je ni. Bulan2 depan sok, tengok la. Takde maknanya
Cakap 2: Dah tua-tua baru nak belajar pengurusan kewangan
Cakap 3: Tak payah la membazir duit pegi kelas saham la, kelas itu la, kelas ini la, duit bukan boleh bawak ke kubur pun

Ini antara kata-kata atau halangan-halangan yang mungkin akan melemahkan semangat kita apabila melakukan sesuatu perubahan dalam hidup ini. Mungkin ada diantara kita yang mengalami pernah pengalaman yang hampir sama seperti di atas, atau mungkin mempunyai pengalaman-pengalaman lain. Nasihat saya:

Nasihat 1: Kalau anda yakin dengan perubahan yang diambil, kuatkan semangat, buang persaan malu yang tidak perlu itu
Nasihat 2: Pilih rakan yang baik supaya perubahan anda itu tetap, konsisten, dan tidak berbelah bahagi. Berkawan lah dengan kawan-kawan yang menyokong perubahan anda.

Nasihat 3: Oh.. lebih baik teruskan perubahan yang anda telah laksanakan daripada kembali kepada perangai/perkara lama. Lagi kene kutuk ngan orang ;)

Nasihat 4: Vote for change!! (Hahaha.. Takde kene mengena :P)

P.s: Bagi sesiapa yang ingin menyertai Bengkel Cashflow 101, boleh la daftarkan diri anda di sini (Program terdekat akan dijalankan pada 24 Feb 2008 di UIAM)

P.p.s: Bagi mereka yang berminat untuk memperlajari tentang ilmu Pasaran Hadapan (FCPO), sila daftarkan diri anda disini.