Archive for the ‘Personal’


08.08.08

Ada apa dengan cinta tarikh ini?

Pagi tadi sebelum pergi kerja, saya sempat dengar Hot FM. Dan topik pagi tadi berkenaan dengan tarikh hari ini. Ramai la caller yang bercerita.

Ada yang mendapat rumah pertamanya pada hari ini.

Ada yang mendapat anak yang pertama pada hari ini setelah 13 tahun berumah tangga. Alhamdulillah.

Ada yang bernikah pada hari ini.

Saya pula?

Pada hari ini, genap 3 bulan pemergian arwah ibu mentua saya yang mana saya tak sempat nak menjadi menantu beliau. Apapun, iringan doa dan al-Fatihah tidak putus dihadiahkan buat arwah Emak.

2 hari lagi, genap pula 3 bulan saya mendirikan rumah tangga.

Al-Fatihah buat arwah Emak, Mariati bt Hj Sirat

Hijrah

1 Muharram dah lama berlalu.. Jadi, apa relevannya topik saya hari ni? :p Hehehe…

Seperti yang tertulis di Facebook badge saya tu, saya baru sahaja berhijrah ke tempat kerja yang baru. Jadinya, aktiviti-aktiviti meng’update’ blog terpaksa ditangguhkan dahulu buat sementara waktu.

Kat tempat baru ni, saya agak sibuk. Kadang-kadang tu nak baca berita dia akhbar-akhbar online pun tak sempat. Hu..

Tapi, saya seronok dengan tempat baru ini. Harapnya, penghijrahan saya pada kali ini dirahmati dan diberkati oleh Allah :)

Nota kaki;

1) Percubaan saya untuk menghasilkan coklat seperti gambar di bawah masih belum menjadi. Huh.. :( (suami saya dah asik perli-perli je ni… Sabar je la)

2) Apapun, saya masih ada masa lebih kurang seminggu untuk berusaha menghasilkannya. Chaiyok2! Hehehe

Nyummy…. :D

Bun Sosej

3 bulan yang lepas, saya selalu beli bun sosej dari sebuah kedai runcit on the way sebelum sampai ke pejabat.

3 bulan yang lepas harga bun sosej ni cuma RM0.60.

Bun kosong yang membaluti sebatang sosej pendek.

Hari ini, selepas 3 bulan….

Uik, RM1.30! Aiseh… tak dapat la beli 2 biji bun.

p.s: Saya belum withdraw duit lagi pagi ni. Sebelum pergi keje cuma ada RM5 sahaja dalam purse. Itupun sbb ‘curi’ duit suami. Ahaks :p Kalau tau harga bun dah naik, patut amek banyak sket tadi ;)

p.p.s: Tiket LRT RM1.90 + Tiket monorel RM1.20 = Baki RM1.90 (memang tak dapat la kan nak beli 2 biji bun)

p.p.p.s: Dah lebih 100% dah inflasi macam ni. Hohoho

p.p.p.p.s: Ingat nak amek gambar bun tadi masa lepas beli tu, tapi sebab dah lapar sangat. Jadi, bun dah tinggal separuh baru teringat pasal gambar ;)

 

Senyum Kambing di Hari Jumaat

Dapat satu emel ni… Boleh tahan kelakar gak. Saje nak kongsi bersama… Release tension. Hehe ;)

Magic gak encik ni…

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali di talipon.

“Ye Dato’, ooo pasal project tu dato’, saya akan uruskan dato’, ala dato’ bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato’, lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato’…baik dato’… Oklah dato’…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato’….bye”

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

“Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik” tanya Ali.

Lelaki tu menjawab ” Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line”

“Argh… Malunya. Rasa nak hempuk dahi ke dinding”

A Change In The Law… A Change In The Future

“Always watch for the changes in the law. Every time a law changes, the future changes. If you will to prepare change with the changes in the law you will lead a good life. if you do not pay attentions to changes in the law, you may find yourself behaving like the driver of a carwho fails to see the sign warning him of a sharp turn in the road up ahead… and instead of slowing to prepare to make the turn, reaches over to turn on the radio, fails to make the turn, and drives the car off the road and into the woods.”

Robert T. Kiyosaki

Saya Mencari Agen Insurans

Saya mencari insurans yang boleh cover untuk maternity. Sesiapa yang jual insurans tersebut, atau mempunyai kenalan yang menjadi agen insurans tersebut, sila maklumkan pada saya ye :)

Terima Kasih

Himpunan Resipi

Saya suka memasak. Malangnya, keterbatasan waktu yang saya hadapi menghalang saya untuk menyediakan makanan-makanan istimewa untuk suami tercinta. Tetapi, itu tidak menghalang saya untuk terus memasak walau sesibuk mana sekalipun. Perut suami wajib dijaga ;)

Maka, blog ini telah saya ubah sedikit sebanyak untuk berkongsi resipi dengan kaum isteri di luar sana yang mempunyai masalah sama dengan saya. Harap resipi-resipi yang saya kongsikan nanti dapat membantu puan-puan memperoleh sedikit idea untuk menyediakan menu buat suami masing-masing.

Selain itu isu-isu semasa juga akan dimuatkan dalam blog ini sebagai perencah tambahan. Maklumlah, wanita kan yang selalu berbelanja barang dapur, mesti rimas kalau harga barang asyik naik sahaja.

Selamat membaca!