Archive for the ‘Wanita & Bajet’


Bun Sosej

3 bulan yang lepas, saya selalu beli bun sosej dari sebuah kedai runcit on the way sebelum sampai ke pejabat.

3 bulan yang lepas harga bun sosej ni cuma RM0.60.

Bun kosong yang membaluti sebatang sosej pendek.

Hari ini, selepas 3 bulan….

Uik, RM1.30! Aiseh… tak dapat la beli 2 biji bun.

p.s: Saya belum withdraw duit lagi pagi ni. Sebelum pergi keje cuma ada RM5 sahaja dalam purse. Itupun sbb ‘curi’ duit suami. Ahaks :p Kalau tau harga bun dah naik, patut amek banyak sket tadi ;)

p.p.s: Tiket LRT RM1.90 + Tiket monorel RM1.20 = Baki RM1.90 (memang tak dapat la kan nak beli 2 biji bun)

p.p.p.s: Dah lebih 100% dah inflasi macam ni. Hohoho

p.p.p.p.s: Ingat nak amek gambar bun tadi masa lepas beli tu, tapi sebab dah lapar sangat. Jadi, bun dah tinggal separuh baru teringat pasal gambar ;)

 

Homemade Bread Crumbs

Mungkin ada di antara kita yang tidak makan kulit roti. Kalau beli roti tu, cuma bahagian putihnya saja yang di makan. keliling roti dibiarkan dan dibuangkan.

Kadang-kadang tu, sayang juga kalau kita buang begitu sahaja. Kan membazir namanya :) Ada guna juga kulit roti tu. Jadi, hari ini saya akan berikan resipi bagaimana cara kita nak buat bread crumbs sendiri :)

Selain jimat kan duit untuk beli bread crumbs di kedai, kita pun tak la membazir buang kulit-kulit roti tu.

Bahan-bahan yang diperlukan:

- Kulit roti

Cara-caranya:

- Bakar kulit-kulit roti tersebut dalam oven sehingga kering dan garing

- Kemudian kisarkan bahan itu tadi sehingga halus

Senang kan? :) Boleh simpan dalam tupperware supaya bread crumbs yang dihasilkan lebih tahan lama. Selepas ni, boleh la buat chicken chop sendiri di rumah ;)

Selamat mencuba!

Lagi-lagi Sumpah…

Sekarang ni, satu Malaysia heboh memperkatakan tentang hal politik negara. Sana-sini semua sibuk menggesa DSAI bersumpah atas nama Allah bahawa sesungguhnya beliau tidak meliwat Saudara Syaiful Bukhari Azlan.

Tetapi, yang hairannya… Tak ada pulak gesaan terhadap DS Najib dan isteri beliau DS Rosmah untuk bersumpah bersama menafikan pembabitan mereka berdua dalam kes pembunuhan Altantuya. Hmm… Kalau diikutkan, pertuduhan terhadap mereka berdua jauh lebih berat dari kes DSAI.

Apa pun, entri saya pada kali ini bukan lah berkisar tentang politik negara kita. Cuma, saya ingin membawa puan-puan semua memikirkan tentang hal keluarga kita terutama masalah kos sara hidup yang kian meningkat sekarang.

Mahu atau tidak, sesungguhnya Pak Lah dan konco-konconya dalam kerajaan Barisan Nasional sekarang perlu menerima hakikat bahawa, kenaikan harga petrol baru-baru ini sangat-sangat menekan hidup rakyat Malaysia. Malah, situasi ini juga mengundang pelbagai kesan negatif dalam negara.

Kes yang amat mudah, keluarga yang mengalami kesempitan hidup mempunyai kemungkinan yang tinggi berhadapan dengan krisis dalam keluarga. Ibu bapa sering bergaduh. Anak-anak pula terabai. Jalan singkat bagi anak-anak, menjebakkan diri mereka dalam gejala yang tidak sihat yang ada dalam masyarakat kita. Merokok, mencuri, mengisap dadah, dan sebagainya. Na’uzubillah.

Emak saya, merupakan seorang GPK HEM di salah sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Semalam, beliau menceritakan kepada kami sekeluarga, 90% daripada pelajar sekolahnya menghisap rokok! Dan yang paling teruk, ada diantara mereka yang mula menghisap rokok sejak dr Pra-sekolah lagi (ketika berumur 6 tahun).

Itu belum masuk cerita budak-budak sekolah rendah yang menonton filem lucah lagi. Huh… Seram saya dengar cerita mak saya semalam.

Kebanyakan budak-budak yang bermasalah tersebut menceritakan punca mereka menghisap rokok dan sebagainya kerana tertekan. Ibu bapa sering bergaduh di dalam rumah (Err… budak kecik pun tahu tertekan. Kesian…). Bergaduh kerana apa… kerana ketidak cukupan duit untuk menanggung keluarga masing-masing.

Sebab itu lah, saya ingin menggesa puan-puan agar bersama-sama kita mengubah nasib keluarga kita. Nak suruh Pak Lah turunkan harga minyak, makanan dan barang-barang lain memang jangan harap lah. Dia tak kan dengar punya cakap kita. Nak suruh tukar gaya hidup, dah tak tau nak tukar tang mana. Jadi, mahu atau tidak, kita kena tambahkan pendapatan keluarga kita. Cari lah apa-apa peluang pekerjaan atau perniagaan yang HALAL yang boleh membantu kita mendapatkan extra income untuk keluarga.

Bagi mereka yang tidak tahu di mana dan bagaimana hendak bermula, sila baca:

Cara Mengatasi Masalah Tidak Cukup Duit Pada Hujung Bulan

Income Tambahan

Nugget Roti

Resipi ni saya dapat lebih kurang 2 tahun yang lepas dari salah sebuat laman web yang menghimpunkan ribuan resipi. Saya dah cuba resipi yang diberikan ini, hasilnya… memang BEST! Housemate saya ketika itu (waktu zaman anak dara ^_^), semuanya tak sangka nugget yang saya buat tu sebenarnya dari roti. Masing-masing ingatkan nugget ayam yang kita selalu beli dr TESCO, Giant, Carrefour, etc.

Resipi ni amat sesuai dihidang ketika minum petang. Bagi mereka yang punyai anak yang memang gemarkan makan nugget, apa salahnya kita cuba buat nugget sendiri. Kerja nya tidaklah remeh sangat, dan yang pasti kosnya jauh lebih murah dari harga sepeket nugget ayam.

Bahan-bahannya (versi saya. Saya ubah serba sedikit dari resipi asal)

1 buku roti (wholemeal - jenama TESCO pun ok)*

4 biji telur (gred B)

1 ulas bawang besar (dipotong dadu -kecil)

Daun sup

Daging / Ayam cincang

Sedikit garam

Cili (merah/hijau - dipotong halus)

Breadcrumb

Cara-caranya:

1. Roti dikoyak-koyak halus

2. Masukkan bawang, cili, daun sup, garam dan daging/ayam cincang

3. Gaulkan bersama 4 biji telur tadi dan bulat-bulatkan sambil ditekan padat (jadikan seperti bebola).

4. Gelekkan bebola roti ke atas breadcrumb supaya bebola tadi betul-betul nampak seperti meatball / chickenball yang kita beli dari pasaraya

5. Goreng dalam minyak yang sederhana panas (sentiasa balik-balikkan supaya roti masak sekata)

Tips:

* Saya syorkan supaya puan-puan beli wholemeal bread supaya bebola yang dihasilkan lebih padat dan tidak terlalu lembik. Saya pernah cuba untuk menggunakan roti putih biasa, tapi hasilnya bebola roti terasa hanyir dan terlalu lembik untuk dibentuk menjadi bulat.

* Tidak perlu membeli roti berjenama yang mahal, cukup sekadar roti biasa seperti roti TESCO, roti Giant dan sebagainya.

* Boleh dimakan dengan sos biasa. Sedap…. Macam makan nugget ayam la :)

p/s: Saya akan post kan gambar bebola ini lain kali ye.

Petrol naik 89 sen? Ish.. biar betul nih

Hari ini, saya dan rakan-rakan sepejabat yang lain sibuk memperkatakan tentang hal skim subsidi petrol baru yang bakal diumumkan kerajaan pada hari ini.Tit.. Tit… Handphone kawan saya berbunyi tanda ada SMS yang masuk

“Tonight the petrol will go up 89 cents” Danny said after reading the SMS.

Dan respon kami semua…

“Aaaa???? Biar betul. U must be kidding us Danny”

89 sen naik untuk seliter petrol? Pergh…. Jenuh tu nak membayar duit petrol lepas ni. Dan kami semua mula membayangkan perkara yang sama. Patutkah kami beramai-ramai menaiki basikal untuk pergi kerja? Hmmm…

p/s: SMS tersebut mungkin hanya khabar angin. Belum ada hitam putih atau apa-apa pengumuman dari pihak kerajaan. Harap semua dapat sabar menunggu berita (baik / buruk) daripada pihak kerajaan kesayangan kita. Ahaks :p

Bacaan lain: Harga Baru Untuk Petrol

Belanja Kahwin (I)

Musim kahwin tiba lagi!!! Bulan 5 dan bulan 6 memang terkenal sebagai musim kahwin. Maklum saja lah, musim cuti sekolah. Kadang tu, dalam satu hari sampai 5, 6 majlis kena datang.Bagi mereka yang bercadang ingin mendirikan rumahtangga tidak lama lagi, sudah pasti kos perbelanjaan yang menjadi isu utama. Terutama kaum lelaki yang sudah pasti belanja nya lebih banyak daripada perempuan. Namun, ini tidak bermakna kaum perempuan boleh menarik nafas lega kerana tidak perlu bersusah payah mengumpul wang untuk mengadakan majlis kahwin ini.

Bagi mereka yang merupakan anak golongan berada, isu ini bukan masalah utama. Kebanyakan daripada kos tersebut mampu ditanggung oleh ibu bapa sendiri. Bagaimana pula sekiranya ibu bapa kita yang kurang berkemampuan, dan memerlukan pertolongan daripada anaknya dalam mengurangkan sedikit beban mereka.

Berikut, secara rambangnya perbelanjaan asas yang perlu ditanggung dalam menguruskan majlis perkahwinan:

* berbeza-beza mengikut individu1) Belanja makan - RM5 / kepala

2) Kanopi - RM180 - 200 / khemah

3) Pakej pengantin ( baju pengantin, mekap, dan pelamin) - RM 1500 - 2000

4) Doorgift / Goodie bag - RM1 - 5 / kepala

5) Kek kahwin - RM100 - 200

6) DJ / PA system- RM 500 - 850

7) Kelengkapan bilik tidur pengantin (set perabot, langsir, cadar) - RM 3000 - 4000

8 ) Bunga telur - RM1 - 5 / bunga

9) Barang - barang hantaran - Bergantung pada bil. dulang dan jenis barang

10) Mas kahwin - lelaki sahaja

11) Duit hantaran (lelaki sahaja) - RM7000 ke atas

12) Set barang kemas (lelaki sahaja) - RM 1000 ke atas

13) Kad jemputan - RM0.50 ke atas / kad

15) Fotografer - RM700 ke atas

16) Kompang - RM100 - 200

17) Lain - lain (cth: bunga manggar, pahar, dulang hantaran, dll) - RM1000

Jumlah perbelanjaan ini berbeza-beza mengikut individu. Juga bergantung pada bajet masing-masing :)

Melihat pada kira-kira di atas, saya boleh anggarkan, bagi sesebuah majlis sekurang-kurangnya kita memerlukan RM15 000 dan ke atas. Jumlah ini pun masih lagi tidak mencukupi sekiranya jemputan kita 1000 orang dan lebih.

Banyak bukan? Jadi, bagi mereka yang baru sahaja mula bekerja, berbekalkan gaji sebanyak RM2000 sebulan, agak-agak nya bila anda mampu untuk mengumpul wang sebanyak ini untuk berkahwin? :)

Cerita Pasal Futures Market

Saya berminat juga nak tau pasal futures market. Lebih-lebih lepas Pakdi ada tulis dalam blog dia yang setakat 2,3 ratus tu boleh dapat dalam sejam dua. Itu kalau 1 lot. Kalau saya ada modal untuk bukak 2,3 lot, rezeki baik, InsyaAllah tiada masalah nak dapat pendapatan sampingan yang lumayan setiap bulan.

Lepas berbual-bual dengan futures trader, baca-baca artikel-artikel mereka, trade futures ni senang cakap macam main kontra. Cumanya dalam pasaran saham, kita akan bayar penuh nilai saham lepas 3 hari (T+3) tapi yang menarik dalam futures market ni, dia T+30. T+60, T+90 pun ada. Jadi kita kena perlu letak margin yang rendah sahaja dan tak perlu bayar full value kontrak tersebut. Margin ni kira depositlah.

Kebanyakan institutional investor gunakan futures ni untuk hedging dan arbitrage. Tapi setahu saya mereka pun speculate jugak macam retail investor. Jadi, rule of the market macam follow the trend semua tu boleh diguna pakai juga dalam pasaran hadapan ni.

Yang best lagi tu, futures trader akan buat untung masa harga naik dan harga jatuh. Fuh. Itu memang bagus. Main saham di Malaysia tak dapat peluang ni. Ingatkan pasaran forex je boleh macam tu, tapi rupanya di Malaysia pun ada peluang macam tu. Peluang ni sangat baik.

Bila boleh dapat untung besar dalam masa yang cepat, jadi risikonya juga lebih tinggi dari pasaran saham. Sebabnya futures market ni zero-sum game. Boleh kata futures market ni macam English Premier League dibandingkan dengan liga-liga bola sepak lain kat dunia ni. Pantas. Lagi mencabar. Lagi liquid. Kalau menang pasti syok gile. Tapi kalau rugi? Huh…

Mereka yang dah lama dalam futures market ni sebut, disiplin adalah kunci utama untuk survive lama. Stop loss tu penting sangat. Bila kita dah bagi order stop loss kepada broker, itu bermaksud kita dah tentukan berapa banyak kita mahu rugi kalau kita tersalah. Tapi itulah, macam mana tahu kita letak stop loss tu betul ke tidak? Siapa nak ajar kita? Mentor… Ya… Mentor mesti ada.

Kaunter pasaran hadapan di Malaysia yang popular ni adalah FKLI dan FCPO. Untuk mereka yang mahu peluang pelaburan halal, Pasaran Hadapan Kelapa Sawit (FCPO) sudah disahkan halal oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jadi, kita boleh fokus dalam pasaran CPO sahaja. Tetapi kena ingat, jangan terjebak dalam skim-skim haram sudah lah. Kena cari broker pasaran hadapan yang sah.

Nak bercerita panjang pun saya tak reti sangat, apa kata kita semua baca artikel-artikel Pakdi pasal Futures Market ni dalam blog dia. Bahasa pun tak lah terlalu teknikal sangat. Pakdi dah cuba mudahkan semampunya.

Boleh baca di http://www.pakdi.net/my/category/pasaran-hadapan/

Saya memang berminat nak terlibat dalam pasaran hadapan ni. Tapi saya perlukan mentor seperti yang saya dah sebut awal-awal tadi. Benda baru, kenalah belajar dulu. Keluar duit sikit dulu pun takpe bukan senang nak belajar pengetahuan macam ni. Daripada rugi ribu-ribu terus, lebih baik invest on education first kan?

Hmm … Kebetulan ada Bengkel Pasaran Hadapan (Asas) yang diadakan oleh SM Learning. Trainer dia dah terlibat dalam pasaran hadapan ni lebih 14 tahun. Mesti dia boleh kongsikan rahsia-rahsia futures trader yang berjaya.

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal bengkel tu, kena lah tengok http://www.smlearning.net/asas/

Ok lah. Jumpa lagi. Kita jumpa di sana ye!