Cerita Pasal Futures Market
Saya berminat juga nak tau pasal futures market. Lebih-lebih lepas Pakdi ada tulis dalam blog dia yang setakat 2,3 ratus tu boleh dapat dalam sejam dua. Itu kalau 1 lot. Kalau saya ada modal untuk bukak 2,3 lot, rezeki baik, InsyaAllah tiada masalah nak dapat pendapatan sampingan yang lumayan setiap bulan.
Lepas berbual-bual dengan futures trader, baca-baca artikel-artikel mereka, trade futures ni senang cakap macam main kontra. Cumanya dalam pasaran saham, kita akan bayar penuh nilai saham lepas 3 hari (T+3) tapi yang menarik dalam futures market ni, dia T+30. T+60, T+90 pun ada. Jadi kita kena perlu letak margin yang rendah sahaja dan tak perlu bayar full value kontrak tersebut. Margin ni kira depositlah.
Kebanyakan institutional investor gunakan futures ni untuk hedging dan arbitrage. Tapi setahu saya mereka pun speculate jugak macam retail investor. Jadi, rule of the market macam follow the trend semua tu boleh diguna pakai juga dalam pasaran hadapan ni.
Yang best lagi tu, futures trader akan buat untung masa harga naik dan harga jatuh. Fuh. Itu memang bagus. Main saham di Malaysia tak dapat peluang ni. Ingatkan pasaran forex je boleh macam tu, tapi rupanya di Malaysia pun ada peluang macam tu. Peluang ni sangat baik.
Bila boleh dapat untung besar dalam masa yang cepat, jadi risikonya juga lebih tinggi dari pasaran saham. Sebabnya futures market ni zero-sum game. Boleh kata futures market ni macam English Premier League dibandingkan dengan liga-liga bola sepak lain kat dunia ni. Pantas. Lagi mencabar. Lagi liquid. Kalau menang pasti syok gile. Tapi kalau rugi? Huh…
Mereka yang dah lama dalam futures market ni sebut, disiplin adalah kunci utama untuk survive lama. Stop loss tu penting sangat. Bila kita dah bagi order stop loss kepada broker, itu bermaksud kita dah tentukan berapa banyak kita mahu rugi kalau kita tersalah. Tapi itulah, macam mana tahu kita letak stop loss tu betul ke tidak? Siapa nak ajar kita? Mentor… Ya… Mentor mesti ada.
Kaunter pasaran hadapan di Malaysia yang popular ni adalah FKLI dan FCPO. Untuk mereka yang mahu peluang pelaburan halal, Pasaran Hadapan Kelapa Sawit (FCPO) sudah disahkan halal oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Jadi, kita boleh fokus dalam pasaran CPO sahaja. Tetapi kena ingat, jangan terjebak dalam skim-skim haram sudah lah. Kena cari broker pasaran hadapan yang sah.
Nak bercerita panjang pun saya tak reti sangat, apa kata kita semua baca artikel-artikel Pakdi pasal Futures Market ni dalam blog dia. Bahasa pun tak lah terlalu teknikal sangat. Pakdi dah cuba mudahkan semampunya.
Boleh baca di http://www.pakdi.net/my/category/pasaran-hadapan/
Saya memang berminat nak terlibat dalam pasaran hadapan ni. Tapi saya perlukan mentor seperti yang saya dah sebut awal-awal tadi. Benda baru, kenalah belajar dulu. Keluar duit sikit dulu pun takpe bukan senang nak belajar pengetahuan macam ni. Daripada rugi ribu-ribu terus, lebih baik invest on education first kan?
Hmm … Kebetulan ada Bengkel Pasaran Hadapan (Asas) yang diadakan oleh SM Learning. Trainer dia dah terlibat dalam pasaran hadapan ni lebih 14 tahun. Mesti dia boleh kongsikan rahsia-rahsia futures trader yang berjaya.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal bengkel tu, kena lah tengok http://www.smlearning.net/asas/
Ok lah. Jumpa lagi. Kita jumpa di sana ye!




boleh sy tau lebih lanjut lg tentang cara2 untuk trade fcpo
salam,
tuan,
saya cadangkan tuan melayari http://www.smlearning.net/asas/ utk belajar dgn lebih lanjut mengenai pasaran hadapan di Malaysia
ehh mmg bini hang pun panggil pakdi jgak ka? hehe
aah. pakdi je. kadang2 tu ko aku. tak reti plak sayang2 ni ^_^
Apa khabar semua, saya adalah new bloggers… sila lihat weblog personal journal trading saya dlm futures FKLI & FCPO… boleh kita berbicara lanjut di weblog saya… http://www.grepstrader.blogspot.com
terima kasih..