Debat Anwar - Shabeery
<Update>
Hehehe… Kita sambung lagi cerita debat. Walaupun tiada kaitan pun dengan tips resipi, tapi sesekali orang dapur pun kena la tau hal-hal semasa ni kan.
Saya copy-paste salah sorang tukan komen yang memberi komen di blog Datuk Shabeery. Ulasan secara keseluruhan tentang debat malam tadi.
jamil bin isamil Says:
July 15th, 2008 at 7:22 amTahniah buat dato seri anwar ibrahim
Tahniah-tahniah tahniah. sungguh bernas dan kuat.bukan nak bodek atau nak puji.tapi kenyataan.orang yang berfikiran waras dan tidak berat sebelah tentu akan menyokong cakap saya.tahniah juga kerana profesional tidak menjawab atau membuat serangan peribadi sedangkan dari belah sana jauh menyimpang,Saya berpandangan, DS Anwar Ibrahim mendahului debat dengan fakta dan penguasaan materi debat secara matang dan konkrit.Sebaliknya Shabery nampaknya mengulang-ulang serangan peribadi dan sering terkeluar dari topik perbahasan sebenar. Antaranya seingat saya dia mengulangi mengenai Anwar demo dibaling sebanyak 2 kali, selain itu mengaitkan Anwar dengan IMF dan kejatuhan ekonomi tahun 1998.Hujah-hujah Anwar sangat bernas berbanding dengan Shabery yang tersasar kepada serangan peribadi. Satu masa dia menyebut mengenai “minyak urut”, yang menampakkan hujah yang kebudak-budakan.
Formula menurunkan harga minyak oleh Anwar nampaknya berasas berbanding dengan penjelasan Shabery alasankenaikan harga minyak yang rapuh.Sudah dikhabarkan sejak awal – awal lagi, DSAI bukanlah lawan, regu dan saingannya.Tidak lah diketahui, siapakah yang menghasut beliau supaya menyahut cabaran debat, anjuran Agenda Daily tersebut.Seluruh pimpinan Kerajaan UMNO/BN menanggung aib dan malu yang besar di atas KEKALAHAN dan KEGAGALAN beliau dalam berdebat, berhujah dan mengemukakan fakta, bukti dan angka.Sebaliknya, apa yang terjadi beliau hanya menyerang peribadi DSAI sahaja.Secara prinsip dan moralnya, tanpa perlu didesak untuk meletak jawatan, beliau secara tegas dan tetap dengan pendirian, mesti meninggalkan pejabatnya di Bangunan Angkasapuri, dalam masa 24 jam.Tidak perlulah beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri, untuk mempertimbangkannya, samada menerima atau menolak perletakan jawatan tersebut.
Selepas dariapda ini, rakyat tidak mahu beliau memberikan sebarang alasan, dalih, hujjah, komen dan sebab, bagi tidak meletak jawatan.
RUMUSAN, hujah DSAI
* Pakatan Rakyat akan turunkan minyak keesokannya sebanyak RM0.50, sebaik sahaja Putrajaya diambil alih.
* Maka sejumlah RM5 Billion diperlukan untuk menampungnya.
* Angka ini dapat diperolehi melalui RM2 Billion hasil review semula perjanjian TNB dengan IPP
* Ketirisan, kebocoran subsidi diesel RM700 juta
* RM 170 juta, projek pemberian khas kepada kroni pembesar UMNO, Teras Kimia
* RM1 Billion, diambil dari sumbangan dividen khas Petronas2008 kepada kerajaan sebanyak RM 6 Billion.
* Maka selesailah masaalahLAIN – LAIN HAL
* Pengerusi TNB, tahun 90-an, Tan Sri Dr Ani Arof, meletak jawatan kerana TIDAK BERSETUJU dengan syarat dan terma perjanjian diantara IPP dengan TNB yang berat sebelah, yang merugikan TNB.
* Kenaikan minyak sebanyak RM0.78 yang dumumkan baru – baru ini mirip ‚PRISKRIPSI’ IMF.
* Adakah kerajaan UMNO/BN telah mengambil nasihat IMF, bagi menghukum rakyat Malaysia yang telah menolak UMNO/BN ?
* Malaysia akan menjadi NET IMPORTER pada tahun 2015, sekiranya pengeluaran Petronas adalah pada tahap sekarang, dan tidak ada telaga baru ditemui.AHMAD SHABERY
* Maaf tidak ada fakta dikemukakan dan sepanjang perdebatan tersebut tidak ada angka – angka diperolehi, serta hujah dan ulasan yang diberikan tidak bersangkutan dengan tajuk iaitu „ HARI INI MEMERINTAH, ESOK HARGA MINYAK DITURUNKAN“
* Hanya serangan peribadi yang diutarakan, seperti fitnah tentang demostrasi baling, melawan Tun Razak, Melawan TDM,
* Semua jawapan yang dikemukakan oleh beliau adalah tidak menepati soalan yang dikemukakanTAMBAHAN SIKIT
* Panel Tan Sri Dr Nordin Kardi
Soalan yang dikemukakan agak janggal, iaitu cuba untuk TIDAK mengaitkan IPP dengan tajuk debat. Tangkas dipancung oleh DSAI. Ini memalukan taraf seorang Naib Canselor bagi sebuah universiti yang ternama di negara ini.
Ada tuduhan sedikit masa dulu, katanya adaNaib Canselor sebuah universiti di Malaysia yang menciplak tajuk presentasi ilmiah. Siapakah dia itu ?
* Zukifli Sulong
Soalan yang ditanya sangat bernas, iaitu soal penjimatan minyak hasil kenaikan tahun 2006 sebanyak R0.30 sebanyak RM4.13 Billion, hanya dibelanjakan sekitar RM700 juta sahaja. Bakinya ke mana pergi ?Begitu juga kewarasan kerajaan untuk membelanjakan sebanyak RM13 Billion, yang bakal dijimatkan, hasil kerajaan UMNO/BN menaikkan minyak sebanyak RM0.78 baru – baru ini. Ke manakah wang sebanyak itu akan dibelanjakan
<Entri asal>
Saya langsung tak gembira dengan debat ini. Tak faham langsung apa yang cuba disampaikan oleh wakil pendebat Bee End.
Mungkin Datuk Shabeery Chik tidak faham tentang dunia perbahasan. Selain mengutarakan hujah atau isi bahas bagi mempertahankan pendirian masing-masing, pendebat juga perlu mengemukakan hujah balas bagi membidas hujah pihak lawan.
Tapi bagi Datuk Shabeery, saya tak nampak langsung hujah balas beliau. Apa yang saya nampak, setiap hujah atau soalan yang diutarakan, jawapan beliau ntah ke mana melencongnya. DSAI sudah banyak kali menerangkan bahawa isu penurunan harga minyak ini tiada kaitan langsung dengan duit Petronas, tapi Datuk Shabeery seolah-olah tak berapa paham agaknya. Petronas jugak yang dikaitkan.
Layan ulasan tentang debat ini di Astro Awani lagi best. Lagi banyak isu-isu dan idea-idea bernas yang dibincangkan. Baik yang pro mahupun kontra dengan usul yang dicadangkan oleh DSAI.
p/s: Saya rindukan saat-saat berbahas seperti dahulu
Bacaan lain:




[...] kepada isu debat Anwar dengan Shabeery, jika anda dilantik sebagai juri, pada pandangan anda(bagi mereka yang mengikuti siaran tersebut) [...]
Nampaknya ..kata mesti dikota, kalau dah gagal dalam debat ini, jawatan Menteri tu kenalah dilepaskan seperti mana yang dilaung-laungkan sebelum ini…
thinkerich,
itu pun klau pak lah pikir yg si shabeery ni gagal. tp rasanya, paklah akan ckp ceni…
“shabeery telah melaksanakan tugas dengan baik”
jadi, jawatan beliau sbg menteri penerangan yang tak berapa terang masih selamat