Durian
Durian ni memang buah kegemaran saya ^_^. Kalau dulu saya boleh habiskan beberapa biji durian seorang.

“Mmmph… Sedapnya hingga menjilat jari”
Tapi, sejak berkahwin ni, jarang sangat nak dapat makan durian. Nak buat macam mana, suami memang tak makan durian. Haisy!
Semalam, kebetulan saya pulang ke kampung bersama suami (hoho… time hari kerja pun boleh balik kampung? :p ) Jadi, singgah sekejap rumah makcik untuk makan tengahari (hehe, malas nak masak :p) Kebetulan juga, ada durian kat rumah dia. Yea!!!! Setelah perut kekenyangan melantak santapan tengahari, perut saya masih lagi punyai ruang untuk diisi. Sudahnya, saya habiskan sepinggan besar durian seorang. Mula ingat nak makan 2 3 ulas je. Tapi, makan-makan sambil berbincang isu-isu politik semasa, tak sedar rupanya habis licin satu pinggan. Hehe.
Akibatnya, badan saya kepanasan dari semalam sampai ke hari ni. Tekak dah mula sakit. Hidung dah mula tersumbat. Cuma belum demam je lagi
Ada orang yang suka makan buah durian dan apa-apa juga masakan yang berasaskan durian. Contoh macam kuah durian (orang Perak panggil serawa), tempoyak, dan sebagainya.
Ada orang tidak suka makan durian, tapi suka pulak makan tempoyak. Hmm.. Musykil ni.
Tapi saya, suka sangat makan buah durian, tapi tidak masakan yang berasakan durian ^_^
Jadinya, saya memang tidak dapatlah nak berkongsi resipi dengan puan-puan bagaimana cara membuat tempoyak, serawa dan sebagainya. Saya tak makan, dan saya tak tahu pun cara nak buatnya. Tapi, saya sediakan beberapa link untuk resipi masakan yang berasaskan durian untuk dikongsi bersama.

Kek Durian
Mungkin puan-puan ada lagi beberapa resipi masakan yang berasakan durian. jadi bolehla anda kongsikannya bersama di sini
Selamat Mencuba!




eda, kj biasa cuci laluan dgn air cap badak tiap kali pas mkn durian…stakat ni bekesan tak panas badan. err..resepi patin masak tempoyak ade kat tempat kj tu kalu nak try!
Pakdi memang pelik… Hehe..
Kena ajar Pakdi sampai jadi orang jawa…
kjah..
thanks for the tip. akan try lain kali bila berpeluang mkn durian lagi. hehehe.. tatau la bila plak tu.
patin masak tempoyak ye… nnti sy tanya suami dulu, if dia ske makan, boleh la sy try pasni
azree…
setakat ni belum berjaya lagi pujuk pakdi cuba mkn durian. tape, usaha tangga kejayaan. silap2 kang hari-hari plak dia menagih nk mkn durian. heheh
pakdi? aiskrim durian dia makan pulak.
ada sebab kenapa dia tak makan durian dan satu lagi benda… ada cerita di sebaliknya… ada cerita.. hahaha
cerita gajah tu dia dah tau la…
aiskrim durian tidak diperbuat dari durian. cuma bahan kimia sahaja. hehe
abah fateh,
tau sebab je nape pakdi tak mkn durian. cerita di sebalik nya tu… tak plak dia nk berkongsi
Buat mogok tak masak dua hari(paksa pakdi cerita kisah tu).
aiks… pakdi marah?
tak berapa ingat sangat cerita di sebaliknya… samar2… kena balik kajang dulu baru dpt tarik balik aura itu…
sy, dulu hantu durian.. sejak umur 22 tahun.. bau durian pun x berapa minat.. tatau napa.. ha ha )
satu lagi reipi yg mudah ialah bubur kacang durian. Selamat mencoba.
Satu lg tip nk share- lepas makan durian, minum air garam..bgn tak akan panas…bleh pn eda try…
sy jenis tak mkn tempoyak, tp penggemar durian..yg pasti durian kg lg best…..make ngan pulut santan lg menarik