Himpunan Resipi
Saya suka memasak. Malangnya, keterbatasan waktu yang saya hadapi menghalang saya untuk menyediakan makanan-makanan istimewa untuk suami tercinta. Tetapi, itu tidak menghalang saya untuk terus memasak walau sesibuk mana sekalipun. Perut suami wajib dijaga
Maka, blog ini telah saya ubah sedikit sebanyak untuk berkongsi resipi dengan kaum isteri di luar sana yang mempunyai masalah sama dengan saya. Harap resipi-resipi yang saya kongsikan nanti dapat membantu puan-puan memperoleh sedikit idea untuk menyediakan menu buat suami masing-masing.
Selain itu isu-isu semasa juga akan dimuatkan dalam blog ini sebagai perencah tambahan. Maklumlah, wanita kan yang selalu berbelanja barang dapur, mesti rimas kalau harga barang asyik naik sahaja.
Selamat membaca!




No comments yet.