Managing Debt - Do You Have Too Much Debt?
Kebanyakan kita mempunyai pelbagai jenis hutang. Pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi (untuk belanja kahwin 10 tahun yang lepas), hutang kad kredit dan sebagainya. Memiliki hutang bukan lah suatu perkara yang buruk asalkan anda bijak mengawalnya dan bayar tepat pada waktunya. Malah, dalam Islam sendiri, hukum berhutang itu harus sekiranya mendatangkan manfaat kepada individu. Namun, adalah wajib bagi umat Islam membayar hutang-hutangnya.
Tetapi, harus diingatkan, miliki hutang yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan kedudukan kewangan anda tidak sihat. Jadi, ambil masa anda dan tentukan samaada anda dibebani dengan hutang yang terlalu banyak atau tidak. Juga fikirkan adakah memiliki hutang-hutang ini merupakan tindakan bijak anda atau sebaliknya.
Satu cara paling mudah dan agak berkesan (bagi saya) untuk mengira beban hutang anda dengan mengira sendiri berapakah debt-to-income ratio anda. Atau, berapakah jumlah hutang bagi setiap ringgit pendapatan anda. Anda boleh mengira ratio ini dengan menjumlahkan kedua-dua jenis hutang, good debt vs. bad debt, ataupun hanya memasukkan bad debt sahaja. Dan saya, akan bantu anda mengira ratio ini dalam kedua-dua situasi:
Senario 1: Tanpa Good Debt
Pendapatan sebulan = RM3,000
Pinjaman kereta = RM350
Pinjaman rumah = RM500
Hutang kad kredit = RM300
JUMLAH PINJAMAN = RM1,100
Debt-to-income ratio = RM1,100 / RM3,000
= 0.367 x 100
= 36.7 %
Interpretasi : Anda telah menghabiskan 36.7% daripada jumlah pendapatan anda, hanya untuk bad debt sahaja! Atau, dengan bahasa yang lebih mudah lagi, bagi setiap RM100 pendapatan anda, anda telah habiskan RM36.70 untuk hutang-hutang anda sahaja. Still good?
Bilamana kita membincangkan tentang hutang / pinjaman, samaada good debt atau bad debt, makin rendah hutang yang anda miliki makin baik. Bad debt yang melebihi 10% boleh dikatakan terlalu tinggi bagi setiap individu dan ini menunjukkan anda memang dibebani dengan hutang yang terlalu tinggi. Dalam senario ini, menunjukkan anda memiliki bad debt yang terlalu banyak!
Senario 2: Good debt + Bad debt
Jumlah pendapatan (gaji + sewa rumah + dividen syer + komisyen bisnes) = RM5,000
Jumlah hutang (jumlah bad debt seperti di atas + good debt) = RM2,000
Seperti biasa, bahagikan jumlah hutang anda dengan jumlah pendapatan yang anda miliki (jangan lupa darabkan dengan 100) untuk mendapatkan debt-to-income ratio yang baru.
Debt-to-income ratio yang terbaik (termasuk bad debt dan good debt) adalah 36% ke bawah. Berhati-hati, sekiranya ratio anda menunjukkan 40% ke atas, menandakan anda perlu membuat sesuatu terhadap kedudukan kewangan anda.
P/s: Nantikan artikel seterusnya untuk mengetahui apa itu bad debt dan good debt




No comments yet.