Masalah Nasi Mentah
Nasi mentah, mungkin bukan lagi masalah kepada semua suri rumah tangga di kala ini. Maklumlah, semuanya masak nasi menggunakan rice cooker.
Tapi, mungkin ada diantara kita yang terpaksa memasak nasi menggunakan kaedah lama, iaitu tanak nasi di atas dapur.
Bagi mereka yang tidak biasa menanak nasik di atas dapur gas, anda mungkin berhadapan dengan masalah seperti ini (saya pun pernah mengalami masalah yang sama sewaktu ditugaskan memasak nasi kawah semasa aktiviti perkhemahan dahulu)
Mujur ada ayah saya. Heheh.. Dia yang bagi saya petua ini.
Isikan air panas ke dalam mangkuk / cawan yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, dan letak mangkuk / cawan yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat, dan biarkan selama beberapa minit sehingga nasi betul-betul masak.
“Pastikan periuk ditutup rapat hingga nasi betul-betul masak”
Selamat mencuba!




owh.. ye ker.. 1st time masak nasik manual masa mula2 chambering xde rice cooker lagi ms tuh.. cubaan pertama, nasi ku akhirnya menjadi bubur..cubaan kedua sungguh la cun.. mcm masak guna rice cooker..pastu dh terer..bila dh terer dh ada duit dh beli rice cooker la plak..haha!