Perbankan Islam (Bhgn I)
Dalam ‘Banking And Financial Institutions Act, 1989′ (”BAFIA”), Bank Islam Berhad dan Bank Muamalat Berhad tidak dikategorikan sebagai ‘Licensed Institutions’ seperti bank-bank lain. Bank Islam dan Bank Muamalat dikategorikan sebagai ‘Schedule Institutions’, dan dikelaskan sebagai ‘Develoment Financial Institutions’ (”DFI”). Antara tujuan DFI dicipta oleh pihak kerajaan ialah untuk memenuhi keperluan-keperluan financial services yang tidak ditawarkan oleh mana-mana bank yang sedia ada.
Bermula pada sekitar awal 80-an yang mana ketika itu ekonomi negara rancak digerakkan oleh sektor industri. Banyak syarikat-syarikat manufacturing yang wujud dan memerlukan pinjaman untuk membantu mereka mendirikan kilang dan sebagainya. Maka, dengan sebab itulah wujudnya Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia (MIDF), Export-Import Bank (EXIM), Ban Industri dan Teknologi Malaysia, dan lain-lain. Kemudian, apabila kerajaan ingin membangunkan semula sektor pertanian, maka diwujudkan pula Bank Pertanian bagi membantu syarikat-syarikat, petani-petani, pekebun-pekebun atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam sektor ini.
Begitu juga perihalnya dengan kewujudan Bank Islam dan Bank Muamalat ini. Pada sekitar awal 80-an juga, lebih daripada 51% populasi rakyat Malaysia merupakan umat Islam. Memandangkan umat Islam berpegang kepada prinsip Syariah, kerajaan berpendapat adalah lebih baik jika diwujudkan perbankan alternatif yang seiring dengan ajaran Islam dan dalam masa yang sama beroperasi bersama sistem perbankan konvensional yang sedia ada. Maka, pada tahun 1983, bank islam pertama ditubuhkan dan dikenali sebagai Bank Islam Berhad.
Perbankan Islam tidak terhad kepada umat Islam sahaja. Ianya terbuka kepada semua kaum yang ada di Malaysia tanpa mengira agama. The spirit in Islamic banking lies in removing uncertainties, in that it speaks of profit sharing in form of dividends rather than interest charges.
Dalam Islam, kita amat digalakkan berniaga mengunakan konsep partnership. Individu yang mempunyai kemahiran berniaga tetapi tidak mempunyai modal, bergabung dengan mereka yang mempunyai modal tetapi tiada kemahiran untuk membentuk satu perusahaan. Maka, di sini lah konsep perkongsian untung dan rugi diperkenalkan.
Pemberian dividen @ faedah keuntungan bukan lah suatu perkara yang diwajibkan. Sekiranya perniagaan yang dijalankan mendatangkan untung, maka pemberian dividen akan diberikan. Sebaliknya, jika perniagaan yang dijalankan tidak mendatangkan hasil, maka tiada dividen akan diberikan kepada setiap pemilik syer / bahagian dalam sesuatu perniagaan / projek. Bak kata orang-orang kampung saya, ‘no pain, no gain’
. Manakala, andainya perniagaan yang dijalankan itu mengalami kerugian, maka kerugian itu akan ditanggung bersama mengikut nisbah yang telah dipersetujui.




No comments yet.