Sambal Pecal
Pecal?
Apa tu?
Tak pernah dengar pun.
Adik lelaki saya pernah tanya: “Da.. Orang KL tau ke sambal pecal tu apa?” Sambil mulutnya penuh makan pecal.
Hmm.. Memula tu, saya terfikir jugak benda yang sama. Tau ke diorang semua ni pecal or sambal pecal tu apa. Pernah ke makan. Suka ke…
Pecal… memang makanan kesukaan gile saya. Haha. Di Sg Besar, Pecal ni dah jadi antara menu sarapan kami. Setiap kali balik kampung je, bila Abah saya bertanya.. “Eda, nak sarapan apa?” Laju je mulut saya menjawab, “Pecal!”. Memang tak pernah jemu.
Sambal pecal ni antara jenis makanan orang Jawa. Berasaskan dari kacang tanah dan udang kering / belacan. Dan, dah nama pun sambal, mestila bawang merah, putih dan cili pun memainkan peranan juga
Entri kali ni bukan saya nak ceritakan macam mana nak sediakan bahan-bahan dan cara-cara membuat sambal pecal. Cuma saya nak berkongsi, apa yang boleh dimakan bersama-sama dengan sambal atau kuah pecal ni.
Ironinya, kuah pecal ni boleh la kita samakan lebih kurang macam kuah rojak. Kalau di Sg Besar, kami makan dengan kombinasi bihun, nasi himpit, kangkung / pucuk ubi (dicelur), taugeh (dicelur), kacang panjang (dicelur) dan timun. Sedap…. Pergh… :p
Tapi, kalau di tempat lain (merujuk kepada suami saya), diorang jadikan sambal pecal ni sebagai satu lagi lauk untuk makan tengahari atau malam. Untuk dicicah bersama pucuk ubi rebus, timun, kacang panjang dan taugeh. Takde bihun dan nasi himpit.
Sejak kami duduk Kuala Lumpur ni, mak saya pula baru discover cara orang KL makan kuah pecal. Digaul bersama dengan lobak merah (hiris halus), sengkuang (dihiris panjang), daun salad, timun, kacang panjang dan tauhu (rebus).
Selain itu juga, sambal pecal ni kita boleh gak jadikan dia sebagai bahan untuk membuat kuah kacang. Segera. Hehehe. Cuma perlu tumiskan cili dan masukkan batang serai. Kemudian masukkan sambal pecal anda dan juga air. Tambahkan kacang goreng yang dah ditumbuk separa halus. Masak hingga kacang menajdi lembut. Kemudian, boleh la dihidang dengan nasi himpit atau sate
Ada pula sesetengah orang, makan begitu sahaja sambal pecal tu. Gaul-gaulkan dengan nasi panas. Pergh… Meleleh air liur :p
Pendek kata, sambal atau kuah pecal ni memang mampu membuka selera anda. Baik makan pagi, tengahari, mahupun malam. Lagi satu, boleh juga dijadikan pendorong untuk anda makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman kampung ni. Hehehe. Macam saya
Kat mana nak cari? Atau macam mana nak buat?
Bagi yang tidak mempunyai banyak masa untuk buat nya, boleh je beli sambal pecal yang telah siap dibuat (ready made). Simpan dalam peti sejuk. Mampu bertahan hingga 6 bulan atau lebih. Sekiranya disimpan dalam suhu bilik, sambal pecal itu mampu tahan selama 3 bulan.
Jadi, bebila anda terasa ingin menikmati sambal pecal, mudah sahaja. Cuma perlukan sesenduk sambal pecal (kering), dibancuh bersama dengan air suam-suam panas. Siapa yang sukakan kuah yang pekat, airnya sikit je la. Siapa suka cair, lebihkan air
Ooops… Saya pun ada jual sambal pecal tu kalau anda semua berminat
Boleh emel saya untuk berhubung dengan lebih lanjut. Dan saya gerenti, siapa yang dah cuba sambal pecal yang saya jual ni, pasti dia kembali utk beli sekali lagi. Dengan kuantiti yang lebih banyak
Bagi sesiapa yang ingin membuatnya sendiri, cuma google sahaja resipi sambal pecal. Boleh la mencuba




puan eda,
ada satu lagi jenis pecal yang tidak disebut di sini.
lg meleleh setara dengan sambal pecal ini.
abahfateh,
apakah itu? adakah ianya pecal lele? hehehe.. tu pon sodap…
tulah, sejak kawin ni, pagi-pagi pun makan pecal. haha…
inchi pakdi…
bukan hari-hari kita makan itu pecal pagi-pagi la… sebulan sekali pun bulum tuntu apa…
pecal, resepi wajib time bulan ramadhan mak aku….
ahaha..sgt feveret dia..tp masa bln pose je..hari2 nak buka ngn pecal…
tapi aku x pernah terliur pon..
maybe sbb ada kacang kots?
hahahaha
shera, mak ko tanak order smbl pecal dr aku? heheheh. nnti klau ada kenduri kendara senang. boleh beli secara pukal je dr aku :p
shera, eda ada jual sambal pecal. siapa mahu order sahaja. mari mari mari … sambal pecal untuk dijual !
serius???
jualll???
ahahaha..boleh laa cubaaaa…
ahahaha
nak satuuu!!
linked!
rajin sungguh ke dapur, bagus! hehe!
hi asni. makan pecal tak? suruh aseb buatkan pecal. beli la sambal pecal dari kitorang
sedap sambal pecal ni
salam,
suhaida anak cikgu umi kalthom kan? ingat tak aku? rafidah, sama darjah 6. Pernah dgr pasal ko dr cik bahtiar & kak mudah (geng BJ)..hehehe..bloghop, jumpa plak blog ko neh.
Uuuhhhhhh…melelh lagi air liur ku ….lepas tgk kek cerita pasal pecal pulak….
waduhhhh
Cik Eda
Kalau saya nak order sambal pecal tu macam mana?
sori ye semua… saya agak bz
tak sempat nk reply msg plus update blog
Abg Di: boleh emel saya pasal nk order smbl pecal tu? nnti saya reply mcm mana mau meng’order’ sambal pecal dr saya
emel saya: edamahpot@yahoo.com.my
salam eda..akak baru jumpa blog eda..sedapnye sambal pecal..
lepas makan pecal, makan pulak soto!! wah… mmg sedap.
cuba lah pecal & soto kat pasar Sabtu di Sabak Bernam. Makan boleh berpeluh2.
ya betul!!!!!! klau g pekan sabak, dua benda ni je org carik. soto dn pecal. bes bes…