Sambal Tumis Udang Petai & Tomyam Ayam
Saya MC hari ini. Tak sihat. Tapi, dalam tak sihat saya tu, sempat lagi ke Giant, shopping barang dapur. Hehehe :p
Malam ini, saya masih lagi tidak berapa sihat. Tapi, suami saya asik merengek mahu makan petai, saya gagahkan diri juga ke dapur dan memasak.
Menu saya dan suami untuk malam ini biasa-biasa sahaja. Mungkin ramai yang dah tahu resipi nya. Tapi, tak mustahil juga ada anak-anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, masih mencari-cari resipi Sambal Tumis Udang Petai dan Tomyam Ayam ini. Apapun, anda semua boleh juga berkongsi rahsia resipi masing-masing bagi menambahkan lagi kelazatan menu ini
Resipi 1: Sambal Udang Petai
Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 - 10 batang cili kering
1 ulas bawang besar
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit gula dan garam
Udang
Petai (yang ni bahan paling penting :P)
Cara-cara:
1) Bawang merah, bawang putih, bawang besar dan cili kering dikisar bersama
2) Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. Kemudian tambahkan air asam ke dalam tumisan tadi.
3) Kemudian, masukkan udang tadi dan juga petai. Tunggu sehingga masak.
4) Sedia dihidang!
Resipi 2: Tomyam Ayam
Bahan-bahan:
300g ayam (dipotong kecil - ambil bahagian tulang)
Lobak merah
Bunga kobis
Kacang Buncis
Tomato
Baby Jagung
2 biji Kiub Tomyam Knorr
1/2 cawan air asam
4-5 biji cili padi (potong kecil atau ditumbuk sedikit)
1 ulas bawang besar (dipotong 8 )
Cara-cara:
1) Rebus air sehingga mendidih. Kemudiam masukkan kiub tomyam Knorr dan juga ayam.
2) Rebus ayam sehingga agak empuk, kemudian masukkan lobak merah dahulu.
3) Setelah lobak merah anda mula menjadi sedikit lembut, baru masukkan sayur-sayur yang lain.
4) Untuk jadikan tomyam lebih masam dan juga sedikit pedas, tambahkan air asam dan juga cili padi ke dalam tomyam. Ops.. jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula bagi menyempurnakan rasa tomyam anda
5) Agak-agak sayur dah mula lembut, boleh la matikan api dapur anda. Tomyam kini sedia dihidang!
P/s: Kombinasi tomyam ayam dan sambal udang memang sangat sesuai untuk disajikan buat hidangan makan tengahari mahupun malam. Suami saya makan memang dah tak toleh kiri kanan. Tambah pula makanan kegemaran dia ada, iaitu petai. Makan tomyam pun dia masukkan petai juga. Hohoho :p






belajar-belajar masak sikit2 pakdi oiiii…
huh kalo tom yam tu masak guna ayam kampung organik pasti lagi meleleh sapa makan beb
abahfateh,
we should have one day: “Hari Dapur Untuk Suami” yg mana Mrs AbahFateh n Mrs Pakdi akan bersenang lenang pada hari tu, tidak turun ke dapur lgsg
kena tanya kak azlina pasal ni. dia mungkin berminat
Az-Zain,
kena try la pasni
Boleh kot… Tapi mmg kelaparan la kak eda aritu…
wa beli dekat RnR bt dukong je.
pakdi…
lain rasonya pakdi oiii… apa salahnya sang suami menyumbangkan ‘air tanggannya’. kang kene si isteri mengidam mau masakan tomyam suami, guanno?