Saya Marah
Ye… Saya masih marah dengan berita yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita semalam tentang kenaikan harga petrol yang berkuat kuasa tengah malam tadi.
Marah saya membuatkan saya mengajar suami supaya jangan lagi bertolak ansur memberi laluan kepada mereka yang cuba memotong barisan sewaktu dalam kesesakan lalu lintas.
Marah saya membuatkan saya tidak berhenti-henti merungut dan membebel sambil mengutuk pemimpin-pemimin negara kita yang terang-terang menindas rakyatnya.
Marah saya membuatkan saya tidak lagi mampu berfikir secara waras dan rasional memikirkan masalah ini.
Marah saya membuatkan saya menjadi seorang yang sensitif, pemarah dan pengamuk juga.
“Ya Allah.. Kau ampunilah segala tindak tanduk ku yang tidak sopan ini, segala tutur kataku yang tidak melambangkan aku sebagai hambaMu yang solehah.
Ya Allah… Sekiranya kenaikan harga ini dibuat kerana ingin menyelamatkan Malaysia, sesungguhnya aku redha Ya Allah dan Kau ampunkan lah dosa-dosa pemimpin kami. Namun Ya Allah, seandainya terdapat agenda lain disebalik tindakan ini, hanya Engkau sahaja yang layak membalasnya. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin”




[...] Awek cun tulis … Ya Allah… Sekiranya kenaikan harga ini dibuat kerana ingin menyelamatkan Malaysia, sesungguhnya aku redha Ya Allah dan Kau ampunkan lah dosa-dosa pemimpin kami. Namun Ya Allah, seandainya terdapat agenda lain disebalik tindakan ini, hanya Engkau sahaja yang layak membalasnya. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin” [...]
huhu,tak pernah nampak kak eda marah-marah mcm ni…sabar kak eda yer:)
tu la,semua dah mahal…tengok la pasni harga makanan plak naik….gaji ntah bila nak revise balik….oh malaysia ku….
hehe.. dh cool pun. marah2 pun bkn nye pemimpin kita kesah. aaaaaadda diorg kesah (gaya aznil)