Tsunami di Malaysia
Saya bukan lah orang yang layak nak membincangkan isu-isu politik negara kita. In fact, saya bukan arif sangat tentang urusan perlembagaan negara dan sebagainya. Saya cuma orang biasa.
8 Mac yang lalu, telah berlaku gelombang perubahan besar dalam sejarah politik negara. Bak kata Dato’ Sri Dr Zahid Hamidi, fenomena yang berlaku ini kita gelar sebagai “Tsunami Politik”. Beberapa negeri telah jatuh ke tangan pembangkang; Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Begitu juga Kerajaan Barisan Nasional yang hilang 2/3 daripada suara rakyat.
Bagi saya sebagai org Perak dan Selangor (hehehe.. lahir di Perak, membesar di Selangor), turut mengambil berat tentang perubahan yang berlaku yang mana kedua-dua kerajaan negeri telah diambil alih oleh pihak pembangkang (oops… bukan lagi pembangkang la patutnya, Kerajaan PAS, Keadilan dan DAP). Apapun, saya akan menyokong perubahan yang bakal dilakukan oleh kerajaan baru ini andainya perubahan itu tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia dan membawa lebih banyak kemajuan di masa hadapan. 5 tahun ini penentu samaada PRU yang akan datang akan mengembalikan kuasa BN di negeri-negeri ini atau BA akan terus mendapat tempat dihati rakyat.
Tempat kerja saya ini dikelilingi oleh penyokong-penyokong BN. Dan mereka memang amat marah tentang pengambil-alihan kuasa yang berpihak kepada BA. Saya merasa amat lucu sekali tentang rungutan-rungutan dan kebimbangan meraka apabila kerajaan BN kalah di Selangor. Antaranya:
A: “Yesterday, I went out for lunch and I saw a kid covered her head (wearing tudung). OMG, Selangor has turned to be like Kelantan” —> memang sgt kelakar kot statement ni. Hahaha.
B: “ Since there is no more Khir Toyo, what would happened to UNISEL? I’m sure they’ll close the University (U/P: UNISEL milik sepenuhnya Perbadanan Menteri Besar) —> kalau statement di atas saya anggap sebagai satu kenyataan bo*oh, kenyataan yang ini adalah double bo*oh. Ini sepatutnya bukan pemikiran mereka yang terpelajar dan hidup dalam suasana bandar.
Sebenarnya ada banyak lagi rungutan-rungutan yang timbul terutama tentang masa depan pembangunan negeri Selangor. Adakah Selangor akan terus menjadi negeri yang termaju ataupun sebaliknya. Saya berharap kerajaan baru ini yang diterajui oleh BA akan membawa perubahan yang akan menutup mulut-mulut mereka seterusnya mengubah mereka untuk terus menyokong kerajaan baru ini.
SELAMAT BEKERJA!




[...] Baca juga: BA Selangor akan tutup UNISEL? [...]
kesian.
hasil propaganda BN. ada rakyat sudah tidak boleh berfikir dengan betul.
hehehe.. can’t stop smiling since this morning. byk sgt cerita lawak kt ofis ni :p
a statement from me that shut their mouth:
” they’re (BA) not stupid either, to close the University. if that the case, tak payah tunggu 5 thn, the next 5 days rakyat akan memberontak dh”
aik, sembang berdua ja.. mencelah sket.. bak kata pakdi, “hasil propaganda BN”.. memang berkesan meracun pemikiran manusia…
ada orang kata juga:
“habislah,semua stesen TV kena tutup”
“aper la korang ni tak pernah bersyukur dengan ape yang kerajaan bagi selama ni”
“tak pernah memerintah,tiba2x je menang kerusi parlimen,boleh buat kerja ker?lingkup nanti”
macam2x la suara kebimbangan keluar dari mulut penyokong BN ni..pelik ah skenyataan mcm tu kuar
Salam,
BN pasti perlu menghulurkan bantuan sebagai kerajaan pusat kepada kerajaan negeri, ini kerana banyak negeri dalam tangan BA. Seharusnya Kelantan dan negeri2 lain pasti akan membangun juga dalam jangka 5 tahun ini.
nak tau statement yang agak kelakar jugak tak?
“ish, habis macam mana orang2 nak dapat duit pencen ni?”
hahahaha… mentaliti masih belum berubah
yasir: ada sikit perasaan bimbang takpe, at least they care about their future
cumanya, ramai yang bimbang tak bertempat n menyebabkan diorg ni keluarkan statements mcm kt atas ni la
soleh: kita tunggu dan lihat
amal: org petronas pun ckp centu?
btw, just hope that the new government of Selangor knows the best for their rakyat and for Malaysians as a whole. economy, welfare, development, etc
Memang hebat kepala otak sesetengah org. Sampai mcm tu sekali boleh fikir? Haha.
Bila la agak nye hukum hudud nk dijalan kan di malaysia……
lagi cepat lagi bagus.