You Don’t Have to Spend a Million Bucks to Look Great
“You don’t have to skimp on clothing just because you’re on a budget. Find out ways to save money and still look fashionable”
Ada orang kata “biar papa asal bergaya”. Ada jugak yang menyangkal kata-kata ini. Biar tak ada gaya, janji duit ada. Bagi saya, bergaya itu tidak salah, Cuma perlu berpada-pada.
Membeli baju baru boleh dikatakan sangat membebankan. Terutama kepada keluarga yang sedang membesar. Dengan kos sara hidup yang agak tinggi sekarang ni, kebanyakan ibu bapa agak tersepit bila mengenangkan rengekan anak yang inginkan baju baru. Begitu juga bila mengenangkan keperluan diri sendiri yang sudah hampir setahun tidak membeli baju baru.
Berikut beberapa tips yang boleh dikongsi bersama untuk berjimat dalam membeli pakaian:
1.Periksa almari baju anda sebelum keluar membeli belah
Pastikan anda intai dulu almari baju sebelum keluar ke pusat membeli-belah. Hey! Make sure you don’t buy something twice.
2.Tidak berbelanja bukan pada waktu karnival
Apa salahnya jika kita memakai baju yang dibeli pada harga diskaun. Boleh dikatakan setiap bulan pasti ada sahaja pusat-pusat membeli belah yang mengadakan krnival jualan masing-masing. Maka, rebutlah peluang ini untuk membeli pakaian berjenama anda dengan harga yang lebih murah. Kawan-kawan sekeliling anda tidak akan tahu sekiranya beg Gucci anda berharga 70% jauh lebih murah dari harga asal
(oh.. saya sangat suka bila Jusco Member Card Day)
3.Buat baju sendiri
Mungkin ramai yang tidak menyedari, membuat baju sendiri jauh lebih murah kos nya dari membeli baju siap atau mengupah orang lain untuk menjahitnya. Selain itu, ia merupakan salah satu cara yang menarik untuk menonjolkan diri anda. Bayangkan jika ada yang memuji pakaian anda, maka anda boleh berkata dengan bangganya, “hey.. baju ini saya buat sendiri tau!”
Kos upah membuat sepasang baju kurung mencecah RM50. Bayangkan jika keluarga anda mempunyai 5 anak perempuan termasuk seorang isteri. Sebagai persediaan menyambut hari raya, masing-masing memerlukan 3 pasang baju kurung. Secara tidak sedar anda sudah menghabiskan hampir RM1000 semata-mata untuk baju mereka. Wow! Jadi, mula la fikir-fikirkan menjahit baju sendiri untuk keluarga anda
Selamat mencuba!




No comments yet.